Thursday, January 3, 2013
Cinta bukan untuk berpisah......
Cinta itu adalah satu perjuangan...cinta tidak murah dan tidak datang dengan senang..tatkala cinta itu hadir...ia bukanlah la datang bergolek atau terus runtuh di ribaan...cinta ada harga dan mahalnya. Segala macam cabaran dan permasalahan dalam cinta itu adalah satu ujian...ia datang bukan untuk memusnahkan cinta. Namun pancaroba yang datang itu sebenarnya adalah untuk membuat kan cinta itu lebih manis. Bukan sebenarnya untuk merenggangkan namun untuk lebih mengeratkan. Mengalah di tengah perjalanan cinta yang terpatri adalah rugi buatmu. Cinta adalah kehidupan, kebencian itu hanya anasir luar yang menjajah seketika. Jangan mengalah sebelum berjuang bila berada di tengah medan cinta yang sedang berperang. Berjuanglah kerna untuk mendapatkan cinta itu pada mula dulu bukanlah sesuatu yang mudah. Cinta itu kan sebenarnya indah. tanpa cinta bunga takkan mekar, tanpa cinta bumi menjadi tandus,tanpa cinta manusia tidak akan ada, tanpa cinta dirimu sendiri tidak akan wujud. Fikirkanlah mereka yang ada di sekeliling mu demi kerana cinta yang mereka ada atau mungkin mereka yang ada kerana cinta mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment