Pages

Sponsors

Sunday, April 10, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 6

Dua  hari telah berlalu sejak trajedi yang tidak pernah disangka-sangka menimpanya. Dan dua hari jugalah Ayu tidak keluar rumah setelah pulang dari klinik tempohari. Berbekalkan wang baki bayaran bil sebanyak RM20, dia menggunakannya sebagai tambang bas untuk pulang, dan selebihnya masih ada di dalam simpanannya. Rasa fobia yang membelenggu diri membuatkan dia kaget untuk keluar sendirian berlegar-legar di kota metropolitan itu. Lagi pun badannya masih terasa lemah sejak pulang dua hari lepas namun rasa sakit di pergelangan tangan sudah tidak terasa lagi. Ayu cuma makan apa sahaja yang ada di dapur sejak 2 hari terperap di dalam rumah, rakan serumahnya sudah ke tempat kerja kala itu, semalam dia telah menceritakan apa yang telah berlaku kepada 2 orang rakan rumahnya. Seorang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya besar dan seorang lagi sebagai kerani biasa di sebuah firman guaman, keduanya-duanya turut simpati dengan nasib yang menimpa Ayu. Walaupun tinggal serumah tetapi mereka bertiga jarang berjumpa. Masing-masing punyai masa mereka sendiri yang tidak menentu, jika dapat berkumpul duduk semeja atau menonton televisyen bersama pun hanyalah bila tiba hujung minggu atau bila hari cuti. Itu pun jika ada antara mereka yang tidak keluar atau membuat kerja lebih masa. Trajedi yang menimpa Ayu memeranjatkan dua orang teman serumahnya itu. Atas rasa simpati, salah seorang daripada mereka menawarkan wang untuk Ayu pinjam dan guna sementara mendapat kerja.

“esok aku dapat pinjaman sedikit, pinjaman pertengahan bulan, kalau kau nak pakai dulu bolehlah…nanti bila kau dah dapat kerja baru dan dah dapat gaji nanti…kau bayar la balik” kata-kata rakan serumah itu masih teringiang-ngiang di telinganya. Mungkin malam nanti rakannya itu pulang dan menghulurkan wang kepadanya seperti yang dijanjikan semalam. Ayu tidak mengatakan berapa jumlahnya yang dia mahukan, sudah mahu memberi pinjam wang kepadanya pun Ayu sudah berasa amat bersyukur. Dia akan terima sahaja berapa jumlah yang di berikan nanti, kerana dia betul-betul terdesak memerlukan wang untuk meneruskan hari-hari mendatang yang belum pasti dan masih samar-samar itu. Sejak membukakan mata sejak pagi tadi, Ayu masih tidak berganjak dari katilnya. Fikirannya kusut memikirkan bermacam-macam hal. Amat merungsingkan. Membuatkan fikiran dan jiwanya berserabut. Terlalu letih dia memikir. Ayu berkalih kesisi lain. Selimut yang menyelubungi di selaknya luas dan di biarkan ke sisi katil yang lagi satu. Dia lantas bangkit dan duduk di birai katil sambil kakinya bersila di atas tilam bujang itu. Ayu bertongkat dagu. Kemudian pandangannya beralih pada jam loceng di atas  laci kecil yang betul-betul di tepi penjuru katil. Sudah hampir pukul 9.30 pagi. Ayu mengeluh kesah sendirian. Nafasnya mendengus panjang. Sehelai kertas putih yang di selitkan di bawah jam loceng yang berwarna merah jambu itu membuatkan fikirannya terhenti dan pandangan mati disitu.
“lelaki itu….siapa dia?” kini fikirannya mula merungkaikan persoalan. Ayu menginjakkan tubuhnya kehadapan, kertas putih yang terselit cuba dicapai dengan hujung jemarinya, dia kembali semula ke posisi asalnya. Ketas putih yang sudah di atas telapak tangannya di perhatikannya tajam.

                                                            “   Zakwan Yusof……”

Dibawah nama misteri itu ada tertulis sebaris nombor.

“ mungkin ini nombor telefon pejabat dia.” 
Kata-kata itu hanya diluahkan dalam hati. Lama Ayu bersila di atas katil sambil bertongkat dagu, memerhatikan secebis kertas di telapak tangannya yang lagi satu. Entah apalah yang di fikiran gadis itu atau fikirannya berhenti berfikiran, cuma ada nafas yang berhembus. Agak lama berkeadaan begitu, kertas putih itu kembali diselitkan pada jam locang di meja dan dia bingkas bangun, tuala yang tersidai pada palang besi di belakang pintu biliknya dicapai dan Ayu terus menuju ke kamar mandi. Air yang mula-mula mencecah ke tubuh mulusnya terasa amat dingin dan sejuk sekali. Seperti terkena percikan ais yang mencair dari kutub selatan. Lama kelamaan rasa sejuk itu terasa biasa, mungkin tubuhnya telah bersatu dengan air dari sesalur paip yang terpancur bak air hujan dari corong atas kepalanya. Berlaku keseimbangan terma antara dua ciptaan Yang Maha Esa itu. Terasa segar tatkala melangkah keluar dari kamar mandi. Ayu mengenakan seluar jeans biru tua dan berbaju blaus biru muda. Sehelai tudung serba hitam di sematkan kemas pada kepala. Setelah habis bersiap dan berdandan serba sedikit dia menuju kearah laci kecil di tepi katil. Laci yang paling bawah antara 3 buah laci yang tersusun di sorongnya keluar. 


     Lipatan beberapa helai wang kertas yang bersemadi di dalam perut laci di keluarkan. Ada beberapa keping wang syiling yang tertinggal di dalam laci turut di kutipnya. Ayu cermat mengira wang itu kembali, kesemuanya berjumlah RM 15.50. Hanya wang itu sahajalah yang ada tertinggal padanya. Baki dari RM20 dua hari lepas. Ayu menyeluk tangan yang tergenggam kesemua wang itu kedalam kocek seluarnya, kemudian dia menarik keluar kembali tangannya kosong. Kesemua wang itu hanya di simpan di dalam kocek seluarnya kerana dompet sudah tidak dia miliki dan dia berasa serik handak membawa dompet lagi. Laci di sorongkan kembali kedalam dan terus berpaling dan berjalan kemuka pintu biliknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja tiba di birai pintu. Ayu menoleh ke belakang dan pandangan tertumpu  pada secebis kertas putih yang terselit pada jam loceng di atas  laci kecil itu. Tanpa berfikir panjang, langkahnya di undurkan semula menuju pada laci tersebut dan terus mencapai kertas putih yang tertera nama dan nombor telefon pejabat lelaki yang membantunya dua hari lepas yang dia perolehi dari jururawat di klinik. Pintu biliknya di tutup rapat dan di kunci rapi setelah keluar dari bilik. Dilihatnya ruang tamu kemas dan teratur, mungkin teman serumahnya telah mengemasnya awal-awal lagi Ayu kemudian menerjah ke dapur. Tekaknya mula terasa kering. Dilihat ada beberapa bungkus lagi minuman kopi segera di dalam balang kaca. Ayu mengambil sebiji mug putih di atas kabinet dapur, dia masukkan kesemua serbuk kopi tiga dalam satu itu kedalam mug dan menarik pelas air panas, membuka penutupnya, terasa agak ketat tetapi Ayu berjaya memulasnya lalu menuang air panas kedalam mug dan di kacau beberapa kali dengan sudu. 


Dengan mug di tangan Ayu membuka peti sejuk dengan tangan yang sebelah lagi. Ada beberapa keping roti didalam beg bungkusan roti. Dia duduk diatas kerusi plastik. Minuman tadi di letakkan di atas meja plastik berkaki besi di hadapannya. Meja yang selalu terdapat di warung-warung di tepi jalan atau restoran mamak di ibu kota menjadi meja tempat Ayu dan teman serumahnya menikmati rezeki. Jika ada kerajinan mereka akan memasak bersama tetapi selalunya mereka akan beli bungkus sahaja di luar. Masak cuma sesekala. Terasa enak menikmati roti kosong bercicah air kopi. Ayu menghabiskan dua keping roti. Perutnya sudah berisi dengan sarapan yang ringkas itu. kini dia sudah kenyang. Hajatnya hari ini ingin keluar merayau mencari kerja. Jika boleh dia ingin segera mendapat kerja. Ayu cuba menguatkan semangat dirinya. Apa yang penting sekarang adalah mencari dan mendapatkan pekerjaan. Dengan adanya kerja baru lah dia mampu menerus dan membina hidup yang tidak seberapa itu. Terkadang bila mengimbau kisah lalunya Ayu berasa terkilan. Sebenarnya dia tidak berasa menyesal kerana terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran setelah tamat persekolahan menengahnya dulu, tetapi rasa terkilan tentang perkara itu kadang kala hadir di benak perasaannya. Namun apa yang terjadi kan tetap terjadi, sejarah kan tetap tinggal sejarah, apa yang ada hanya masa ini dan masa hadapan, moga masih ada ruang untuknya menyusuri denai-denai hidup yang masih berliku itu. Rasa takut terhadap kejadian yang baru menimpanya dua hari lepas masih lagi tertinggal di dalam diri Ayu, namun Ayu tetap melawan perasaan itu, dan memang dia perlu hindarkan rasa fobia yang menjalar didalam dirinya, jika tidak, tiada sisapa yang dapat membantunya saat ini, dia harus berusaha sendiri. Tatkala melangkah keluar dari pintu rumah, cahaya dari luar menyilaukan pendangannya. Mungkin kerana sudah lama tidak bermandikan cahaya mentari dan menghidu aroma kota, nafasnya tersekat-sekat bagaikan alergi dengan keadaan itu. Sudah berjalan dua tiga langkah menjauh kehadapan, dia kembali normal sebaik sahaja melepasi pintu pagar yang memagari halaman rumah. Ayu kini sudah menyelusuri di bahu jalan. Sambil berjalan perlahan dia berfikir.

“ kemana aku nak pergi ni…wang dalam saku cuma ada berbelas ringgit sahaja…tapi tak mengapa, mungkin cuma untuk aku gunakan  pergi mencari kerja hari ini, nanti malam Sarah janji nak pinjam wang pada aku……” 


hatinya berbisik sendirian sambil melangkah perlahan menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari deretan rumah kos rendah yang bersusun di antara rumahnya. Di lihat dari jauh ada seorang wanita tua sedang duduk di bangku besi perhentian bas. Di sebelahnya wanita tua itu seorang remaja juga sedang menanti bas datang. Ayu tidak kenal mereka, tetapi pastinya tujuan mereka sama, tetapi mungkin destinasinya berbeza. Bas yang dinanti sudah tiba setelah hampir 10minit menunggu, sehelai wang kertas RM 1 dan beberapa keping syiling di taburkan ke dalam tempat mengisi wang tambang, pemandu pas menghulurkan sekeping tiket yang keluar dari mesin. Sambil berlalu di tengah lorong didalam bas, Ayu terus memerhati ruangan tempat duduk yang di belakang sekali, ada satu temapt duduk kosong di hujung sana, di tepi tingkap. Segera dia terus menuju ke hujung sana mendapatkan tempat duduk yang masih kosong itu. Ayu bersendirian di bahagian belakang bas. Bas terus meluncur laju menuju ke destinasi yang seterusnya. Tidak ramai orang yang menaiki bas waktu itu. Mungkin ramai yang telah ke tempat kerja dan ke sekolah. Ayu melemparkan pandangan ke luar tingkap kaca dari dalam bas. 

Fikirannya terus berputar memikirkan kemana hendak di tuju apabila bas telah sampai ke destinasi. Mungkin selepas ini akan di tuju dan singgah ke kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya, mungkin juga ke butik-butik kecil atau kedai alatulis. Hanya tempat yang seumpama iutlah yang mampu di tuju dan di jejakinya. Hendak melangkah masuk ke pejabat-pejabat atau firma-firma yang besar mana mungkin baginya. Sekurang-kurangnya harus berbekalkan sekeping sijil atau segulung ijazah untuk memohon kerja di tempat seperti itu. jika tidak pasti tidak akan dilayan, mungkin disuruh pulang sahaja atau mungkin disarankan mencari kerja di tempat lain.
“dik..dik..ooo dik….” Suara yang memanggil mengejutkan lamunan Ayu yang entah kemana melayang pergi. Ayu tersentak lalu menoleh kearah suara yang memanggil.

“ dik…adik nak turun dimana, dah sampai ke perhentian terakhir dah ni…”
 pemandu bas kelihatan pelik memandang Ayu yang terpinga-pinga tidak tahu apa-apa.

“maaf encik, saya tak perasan tadi…maaf ya cik” 

Ayu segera bangun dan terus ke pintu keluar bas. Dia menuruni anak tangga dengan pantas. Tanpa menoleh ke belakang Ayu menyeberangi jalan dan menuju kearah sebuah gerai kecil menjual selendang dan kain tudung. Didalamnya ada seorang gadis sedang duduk mengipas diri dengan sekeping surat khabar yang di lipat tebal. Mungkin panas berada didalam kedai kecil seperti itu tambahan pula di kelilingi dengan bermacam-macam jenis selendang dan kain tudung yang perlbagai rupa. Hampir setiap ruangan dinding di dalam kedai kecil itu di gantung dengan kain-kain yang berwarna-warni hingga mencecah ke syiling atas. Di tengah ruangan kedai pula pelbagai kain yang berlipat di letakkan dan di susun setinggi paras pinggang. Hanya tinggal ruang kosong yang di biarkan menjadi seperti lorong untuk pelanggan yang datang mengintai kain-kain yang terpampang di dinding atau yang tersusun rapi di tengah lantai kedai. Ketika itu kelihatan tiada pelanggan di dalam kedai, hanya kelihatan gadis yang berkipas tadi sendirian. Mungkin gadis itu tuan punya kedai tersebut atau mungkin saja pekerja di kedai tersebut.

“dik masuk dik… tengok dulu” 

gadis itu memanggil apabila Ayu mula melangkah masuk kedalam kedai. Ayu cuma tersenyum dari jauh. Gadis didalam kedai membalas senyum Ayu.

“Assalammualaikum kak..tumpang tanya kak…di sini ada kerja kosong?”
‘Waalaikummusalam…maaf la dik kat sini tak ada kerja kosong la dik….”  
Jawapan yang terima sedikit mengecewakan Ayu, tetapi dia sudah biasa dengan jawapan hampa sebegitu.
“terima kasih kak..”

Ayu tetap saja tersenyum kepada gadis tersebut dan terus melangkah untuk bertanya ke kedai lain pula.
“ermm dik sebentar…cuba adik pergi tanya di kedai hujung sana….tak silap akak…tuan punya kedai tu tengah cari orang nak kerja….” Wajah Ayu terus berubah tanpa disedari gadis yang bersuara dari belakang, Ayu berpusing semula ke belakang. Senyuman yang dilemparkan Ayu lebih menyinar dari sebelumnya.
“ kedai kat hujung yang mana kak?..kedai apa tu kak?” beria Ayu bertanya.
“kedai kain macam ni juga….nanti keluar adik belok kanan…kedai tu yang paling hujung sekali sebaris bangunan ni...tak silap akak, akak ada terbaca iklan yang di tampal kat kedai tu dua tiga hari lepas…dia nak cari pembantu kedai, sebab akak tengok pembantu yang selalu tu dah tiada, mungkin dah berhenti agaknya… adik cuba la bertanya di kedai itu dulu, kalau tauke kedai itu masih belum ambil pekerja baru, mungkin itu rezeki adik.” Bersungguh-sungguh gadis kedai tersebut memberitahu Ayu yang seperti tidak sabar menanti jawapan darinya.
“ye ke kak…kalau macam tu saya pergi sekarang lah kak…mana tahu jika kerja itu masih kosong…”
“ya pergi la….itu sahaja lah yang akak boleh tolong pun…..” gadis itu seperti sungguh ikhlas ingin membantu.
“terima kasih banyak-banyak kak…akak dah beritahu pun dah cukup baik kak…terima kasih sangat-sangat kak sebab baritahu saya, jika tidak saya pun tak tahu…” Ayu sangat berterima kasih kepada gadis itu kerana mengkhabarkannya tentang perkara itu. kini ada harapan yang terpancar di wajah Ayu. Sekali lagi sebelum keluar dari kedai tersebut Ayu mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Ayu berjalan pantas menuju ke kedai di hujung sekali, langkahnya mengorak pantas, matanya tercari-cari kedai yang di katakana, dari jauh dia terlihat ada kertas putih yang melekat pada dinding kaca kedai itu dari luar, tetapi kurang jelas. Pada fikirannya pasti itu iklan yang masih belum ditanggalkan lagi seperti yang di beritahu oleh gadis kedai kain itu sebentar tadi. Sampai di hadapan kedai tersebut Ayu membaca ayat yang tertera pada kertas yang terpampang di cermin kaca.


                                            “ PEMBANTU JUALAN DI PERLUKAN
                                                               WANITA SAHAJA”
 


                                                                     * nanti kan sambungannya............


HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
APRIL 2011

No comments: