Pages

Sponsors

Tuesday, March 29, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 3


~ 8 Tahun yang sudah berlalu ~

Seorang gadis berjalan sendirian di kawasan Masjid India,Kuala Lumpur, 3 jam yang lepas dia baru di buang kerja, sebentar tadi dia bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah kedai pakaian di ibukota tetapi kini dia hanyalah seorang pengangur sedih yang tidak tahu mana arah hendak dituju. Berjalan tanpa arah dan tujuan, hanya mengikut rasa hati dan langkah kaki yang menghayun…hanya mampu dituruti. Gadis itu singgah dan duduk bersandar pada sebuah kerusi di kaki lima. Dibelakangnya sebuah gedung pasaraya yang di dalamnya berselerakan orang ramai sedang memilih barangan dan tidak kurang juga yang mundar mandir hanya berpusing-pusing didalamnya. Baru sahaja tadi dia bertanyakan tentang kerja kosong di gedung itu. Tetapi gedung yang sebesar itu pun tidak mampu menawarkan kerja kepada gadis itu. Menurut pengurus di situ, semua jawatan telah pun di isi dan pihak pengurusan tidak memerlukan pekerja buat sementara ini, walaupun begitu penyelia lelaki yang separuh umur itu meminta si gadis supaya tinggalkan no telefonnya.

"awak tinggalkan nombor telefon dulu, nanti jika ada kosong kita akan telefon awak, manalah tahu jika ada yang berhenti dalam masa terdekat ni. Kat sini selalu sahaja ada orang yang keluar masuk, kerja sekejap berhenti, kerja sekejap berhenti" pengurus tersebut menghulurkan si gadis sebatang pen dan sebuah buku catatan.

"tapi saya tak ada handphone encik" si gadis menggelengkan kepala.
"susah lah kalau awak tak ada handphone, macam mana awak nak cari kerja nanti kalau handphone pun tak ada, then macam mana nak contact awak nanti" kata-kata dari lelaki itu membuatkan gadis itu berasa daif, zaman sekarang mana mungkin seseorang tidak mampu memilki sebuah telefon bimbit, sedangkan pelajar sekolah pun majoriti memilikinya sebagai keperluan biasa sehari-hari, ibarat pakaian yang di pakai setiap hari dan menjadi suatu kewajipan. Hakikatnya si gadis bukan tidak mampu membeli sebuah telefon bimbit , tetapi dia memirkan bahawa buat masa ini ada yang lebih penting dari itu, dan jika ada rezeki dan wang lebih nanti barulah dia bercadang mahu memilikinya. Sebelum itu dia pernah ada sebuah telefon bimbit, tetapi terpaksa di jual kerana kebuntuan duit waktu itu.

"macam ni lah encik, saya ambil nombor telefon sini, nanti kalau saya masih tak dapat kerja lagi saya akan call sini balik tanya tentang kerja jika ada kosong atau tak"

kertas kecil yang bertulis nombor telefon gedung itu di simpannya didalam dompet kecil genggaman tangannya. Gadis itu masih di bangku di kaki lima melepas lelah kerana sudah hampir 3 jam lebih dia berjalan di kawasan sekitar di tengah-tengah bandar. Fikirannya masih kusut memikirkan nasib diri, bagaimana jika dalam minggu ini dia masih tidak dapat mencari kerja lagi, dia memikirkan tentang sewa bilik untuk bulan hadapan, mujurlah sewa bilik untuk bulan ini awal-awal lagi dia sudah jelaskan. Orang ramai yang lalu lalang di situ dia langsung tidak hiraukan. Fikirannya melayang jauh memikrkan akan untung buruk nasibnya. Peristiwa yang baru berlaku seminggu lepas singgah diruang ingatannya.

"awak tak boleh hari-hari macam ini, sejak kebelakangan ini awak asyik ambil cuti sahaja, bukan sekali sekala tetapi hampir setiap hari dan bila ada pelanggan yang datang saya tengok awak layan mereka acuh tak acuh saja, itu merugikan kedai, awak kena faham.....kalau awak terus-terusan begini tiada gunanya awak bekerja kat sini lagi...dan saya rasa lebih baik awak cari kerja lain, kalau awak nak kerja buat cara nak kerja, kalau tak nak...banyak lagi orang kat luar sana yang nak cari kerja" suara penyelianya yang pada mulanya bernada biasa kedengaran makin meninggi.

"kak…..Ayu minta maaf kak, bukan Ayu sengaja tak nak datang, sejak akhir-akhir ni sakit Ayu makin menjadi-jadi, sakit migrain Ayu ni bertambah teruk, bukan Ayu tak pergi jumpa doktor, bukan Ayu tak makan ubat...tapi bila sakit kepala Ayu tu datang....makan ubat sahaja tak cukup untung menghilangkan sakit Ayu tu, dan bila sakit, satu apa pun Ayu tak boleh buat kak. Ayu tepaksa menahan sakit, macam mana Ayu nak datang kerja."

sudah berkali-kali dia mempertuturkan perkara yang sama berulang kali kepada penyelianya itu tetapi dia juga faham, bekerja makan gaji seperti itu bukannya mudah, sungguhpun dia berkata yang benar tetapi apakan daya, memang sepatutnyanya dia tidak boleh terlalu kerap mengambil cuti, tetapi sakit migrain yang di alaminya membuatkan si gadis tidak mampu berbuat apa-apa bila kesakitan melanda, hanya mampu makan ubat dan menahan sakit berbaring di rumah. Pernah dia gagahkan diri pergi bekerja waktu dia sakit, tetapi dalam perjalanan dari rumah ke perhentian LRT untuk ke tempat kerja, dia pengsan dan rebah ke bumi, untung ada orang yang masih ambil peduli dan membawanya ke hospital, jika tidak tidak tahulah apa yang akan berlaku.

"ya akak faham..tapi akak pun tak boleh nak buat apa-apa juga Ayu, akak juga makan gaji seperti awak kat sini, jadi awak juga kena faham situasi akak, Madam Chin dah beberapa kali bertanya pasal kedatangan awak setiap kali dia datang dan singgah mengutip wang jualan kedai 2,3 hari sekali." 
terang penyelianya kepada gadis dengan panggilan Ayu itu. Madam Chin pemilik toko pakaian itu akan datang selang 2 atau 3 hari untuk mengutip hasil jualan yang di peroleh oleh kedai. Madam Chin memang garang  dan tegas orangnya, Wanita berbangsa Tiong Hua itu apabila setiap kali datang dia akan memeriksa kad kedatangan semua pekerjanya yang di gantung di belakang ruang kecil bersebelahan mesin jam perakam waktu dan pastinya dengan mudah Madam Chin dapat mengetahui siapa yang datang lewat, siapa yang datang awal dan siapa yang tidak datang langsung.
“ya kak, Ayu faham, memang salah Ayu, tapi kak berilah Ayu peluang lagi, Ayu harap sakit Ayu ni segara sembuh dan tak melarat berlanjutan lagi..Ayu jann………” kata-kata si gadis terhenti tatkala penyelia yang sedang terpacak di hadapanya mencelah.

“ya..ya baiklah akak faham, akak bukan tak kasihan pada awak Ayu, tapi akak harap lepas ni janganlah awak selalu mengambil cuti sangat, nanti awak pergi la jumpa doktor betul-betul, bagitahu sakit dan masalah awak tu betul-betul. Akak pun faham Ayu, kerja macam kita ni bukannya ada kebajikan sangat, jika awak selalu ambil cuti lagi lepas ni, pasti nanti awak di buang kerja…akak tak boleh nak tolong awak kalau nanti Madam Chin pecat awak, cuma akak mampu berikan nasihat dan pandangan kepada awak, awak fahamkan Ayu?” kat-kata nasihat cuba diberikan oleh penyelia kedai itu kepada Ayu.

“ya kak, terima kasih banyak-banyak kak sebab faham Ayu, terima kasih kak, lepas ni Ayu cuba tak ambil cuti lagi, esok atau lusa Ayu ke hospital jumpa doktor” gadis itu mula merasakan tekanan setelah panjang lebar berbalas kata dengan penyelianya itu, tetapi dia bersyukur kerana masih ada insan yang memahami.

“Allahuakbar Allahuakbar.!!!!!!.........”
“Allahuakbar……. Allahuakbar.!!!!!!.........”

Lamunan si gadis terhenti apabila suara azan dari Masjid India yang tidak jauh dari situ berkumandang. Kini telah masuk waktu Zohor di kawasan Kuala Lumpur. Ayu tidak sedar bahawa sudah lama di duduk berteleku dibangku itu, hinggakan ada seorang nenek berketurunan India duduk di sebelahnya pun dia tidak perasan. Jauh betul khayalnya membawa dia berlayar….Ayu mengusap mukanya dengan kedua belah tangan, di memandang kesekitar dari kanan dan kiri. seketika dia cuba mengumpul kekuatan dari dalam diri…sejurus selepas itu Ayu bangkit dari bangku itu dengan sedikit tenaga dan kekuatan untuk meneruskan langkahnya yang masih samar-samar dan pudar. Tetapi apa pun dari bangku itu dia ingin terus menuju ke Masjid yang masih melaung kan azan itu. Hajatnya untuk menunaikan kewajiban dan mungkin mencari sedikit ketenangan…harapnya begitu…..



HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
MAC 2011

No comments: