Pages

Sponsors

Wednesday, December 29, 2010

KERANA RM1.60 (episod 2)

Dalam perjalanan pulang Aiman melalui sebuah taman permainan, rasa girang dan seronok terus terpancar di wajahnya bila melalui taman permainan tersebut, di hujung sana dilihatnya sekumpulan kanak kanak seusianya sedang berkejaran mengelilingi sebuah jongkang jongkit dan di suatu sudut lagi dilihatnya seorang ibu sedang membuai anak kecilnya yang sedang di atas buaian serta ada sekumpulan leleki dewasa sedang bermain bole sepak dengan riuh sekali. Suasana di taman permaianan itu sungguh meriah sekali, seperti temasya sedang berlangsung. Sebuah gelongsor kecil di satu sudut menarik perhatian Aiman, ingin sekali dia mendaki gelongsor tersebut dan menggelongsor dari atas ke bawah. Matanya tertumpu tajam pada gelongsor itu dan dengan perlahan Aiman  berjalan menghampiri gelongsor yang tidak lekang dari pandangannya sejak dari tadi, sekilo gula di dalam beg plastik merah sedikit lutsinar masih di genggam erat Aiman, sungguh teruja dia apabila mula menaiki tangga kecil dari belakang gelongsor. Sambil ketawa kecil sendiri, tidak sabar rasanya dia ingin menggelongsor kebawah setelah sampai di atas gelongsor nanti. Sampai sahaja di atas gelongsor dia membuahkan senyum manis yang comel sekali bagi kanak kanak seusianya. Tanpa berfikir panjang lagi Aiman terus duduk di hujung bibir gelongsor dan dengan riang terus menggelongsor kebawah, sambil beg plastik berisi gula di pekup rapi dengan kedua belah tangan dan di ltakkan di atas perut. Kali ini dia mahu menaiki gelongsor itu lagi, perasaannya leka dengan keseronokkan bermain, Aiman  terus menuju ke tempat dia bermula sebentar tadi. Langkahnya makin laju menaiki anak anak tangga kecil itu yang tersusun renggang. Tanpa di sedari kakinya sedikit tersasar apabila sampai di pertengahan susunan tangga dan menyebabkan Aiman tergelincir sebelum sempat dia memaut pada palang besi di dua belah tangga mengakibatkan Aiman berguling jatuh ke bawah semula. Terlentang dia di atas tanah, pandangannya tepat kearah langit yang menyilaukan pancaindera pandangnya, tetapi dia sedikit pun tidak menangis walaupun rasa sakit akibat hentakkan yang kuat ketika terjatuh, mukanya di palingkan ke kanan, di lihat sekilo gula sudah terburai di atas tanah, hanya beg plastik yang sudah koyak itu masih di genggamnya. Melihat keadaan gula yang sudah bersepah di atas tanah membuatkan hatinya menjadi takut, pesanan ibu yang menyuruh dia segera pualng setelah membeli barang yang di suruh awal tadi terngiang ngiang ditelinga anak kecil itu, Aiman  seperti mahu menangis, bukan kerana sakit akibat terjatuh dari tangga, tetapi mengenangkan nasib yang bakal diterimanya bila pulang nanti, si anak yang masih terlentang di tanah mula bangkit dengan air mata membasahi pipi mulusnya. Gula yang berselerak di atas tanah di cuit cuit si anak dengan harapan dapat  mengutip saki baki gula yang masih elok dan bersih, tetapi apakan daya, hampir kesemua butir butir gula yang sekilo itu sudah tercemar. Dia mencangkung dengan perasaan hampa sambil merenung pada setompok gula di atas tanah. Air matanya tidak berhenti merembis, dengan tangisan kecil Aiman menyusun langkah menuju ke rumah dengan segera, sambil berjalan diiringi tangisan yang sayup sayup serta sedu sedan yang putus putus, dia berfikir entah apa habuan yang akan diterimanya bila ibunya tahu keadaan yang sebenar nanti.
Sampai di rumah Aiman terus memberanikan diri menuju ke dapur, kerna dia tahu ibunya masih menanti sekilo gula yang dipesan tadi.
“ibu, ibu.. Aiman minta maaf bu” si ibu yang sedang asyik mengemas di dapur segera menoleh kearah suara yang memanggil. Alangkah terkejutnya Aini apabila melihat anak lelakinya itu dengan kesan luka dan calar di siku dan lutut. Kemudian si ibu megalihkan pandangan pada secebis beg plastic kotak yang masih digenggam anak lelakinya itu. Perasaan yang mula tadi mengundang simpati kini mula berderau dan membuak buak rasa hampa dan marah, tanpa di sedari si anak, ibunya yang tadi berada beberapa kaki di hadapanya sudah berada tepat di tempatnya. Dan tidak semena mena satu tamparan hinggap di pipi mulus si anak yang masih basah bergenang air mata itu.
“ibu,ibu..aiman minta maaf bu!!!, aiman minta ampun!!!, aiman x buat lagi!!!” si anak merayu pada ibunya yang dengan perasaan yang amat marah seperti api membara dan jika di tuangkan sebaldi air pun tidak dapat memadamkan api kemarahan si ibu ketika itu. Sambil menahan sakit telinganya di pulas pulas kuat dan di hayun kekiri , kekanan, Aiman merayu lagi
“ibu!!!!! Tolong bu aiman minta ampun, aiman tak buat lagi…sakit bu, sakit!!!!”
“aku bagi duit, suruh kau pergi kedai!!!....tapi apa kau buat, tak boleh harap punya anak, kau ingat senang nak cari duit!!!”
Tidak cukup telinganya di pulas, kini beberapa pukulan hinggap pula ke belakang badan anak kecil itu. Dari dapur telinga si anak di heret hingga ke depan pintu rumah. Rasa yang amat sakit sekali, seperti mahu putus telinganya di kerjakan Aini yang sedang meradang itu.

“sekarang aku tak peduli, aku tak nak dengar pun apa apa alasan dari kau, selagi kau tak bawa balik gula yang aku mintak tu jangan harap kau nak tidur kat rumah malam ni, tak boleh harap punya anak, suruh pergi kedai pun susah”Aini membiarkan anaknya di depan muka pintu tanpa memandang muka anaknya itu lantas segera masuk ke dalam rumah.
‘gedegang!!!’ pintu di hempas kuat oleh Aini, tanda marah yang amat sangat, hinggakan jiran di sebelah rumah pun terdengar bunyi hempasan pintu yang seperti hendak lekang itu, mengakibatkan ada mata yang mencuri pandang dan ada telinga yang mencuri dengar dari balik tirai, tetapi mata dan telinga itu tidak berani mencampuri urusan dua beranak itu. Mereka sudah sedia maklum akan perangai panas baran si ibu itu, tetapi mereka turut simpati pada nasib si anak yang menjadi mangsa panas baran si ibu yang garang tidak bertempat itu.
Kadangkala mendengar pun mereka tidak sanggup, apatah lagi melihat, pasti ada air mata yang akan tertumpah tanpa sedar.
Aiman yang sedang  berderaian air mata masih terpacak di depan pintu rumah, teresak esak dia menangis menahan sedih yang perit dan sakit yang tidak terhingga. Telinganya yang merah menyala di pekupnya dengan sebelah tangan, keadaannya sungguh sedih, dengan kesan luka dan calar balar di siku dan lutut serta pakaian yang compang camping lagi kotor akibat terjatuh ke tanah sebentar tadi amat memilukan, siapa sahaja yang memandang pasti akan berasa simpati.
Setelah berlama di hadapan pintu, Aiman mula mengorak langkah menuju keluar pagar, tanpa arah tuju dan tanpa ada seseorang pun di sisi, hanya yang ada rasa sakit yang memeritkan, sakit di seluruh badan dan sakit di dalam hati. Walaupun masih anak kecil tetapi dia tetap mempunyai perasaan, perasaannya ketika itu tiada siapa pun yang tahu. Hatinya juga sakit kerana Aini langsung tidak memberi peluang untuk dia menceritkan apa yang sebenarnya telah berlaku, sekurang kurangnya dia berharap agar ibunya memberi sedikit ruang untuk dia menjelaskan tentang apa yang terjadi, walaupun itu tetap salahnya.
Langkah di atur perlahan dengan tangan masih memekup telinga, tangisan masih lagi tidak putus kedengaran. Aiman duduk mengcangkung dan bersandar pada sebatang pokok rendang di tepi pgar belakang sekolah. Hatinya sayu memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Sambil mengesat air mata di pipinya, tangisannya semakin reda, lama kelamaan tangisan itu hilang sendiri tanpa sedar. Aiman menunduk layu, dia memikir apakah yang harus dibuatnya ketika itu, dimana dia hendak tidur malam ini, hendak pulang kerumah, itu suatu perkara yang menakutkan Aiman ketika itu. tanpa sedar tin kosong dihadapanya mematikan khayalannya. Kini tin kosong yang tidak disedari Aiman sejak awal dia disitu diamatnya dalam dalam.
“tin macam ni, kalau aku cari dan kumpul banyak banyak, lepas itu aku jual di kedai Pak Yaakub pasti aku akan dapat duit” fikirannya mula memikirkan sesuatu yang logik. Siku dan lututnya yang calar dan luka itu di tiupnya perlahan beberapa kali, lantas dia bingkas bangun. Aiman mencapai sebutir tin kosong yang di pandangnya tadi, tanpa berlengah dia terus melangkah langkah laju. Walaupun rasa sakit di tempat yang luka dan ditelinga yang masih merah di pulas, Aiman di menghiraukan rasa itu, langkahnya terus dipacu laju. Aiman ternampak beg plastik besar di bahu jalan sedang melambai lambai di tiup angin tersangkut di celah besi pengadang jalan. Di ambilnya beg plastik besar itu dan masukkannya tin kosong tadi. Dengan gigih dan tabah Aiman terus berjalan dan berjalan lagi. Tujuanya adalah untuk mencari dan mengutip tin tin kosong yang di buang di sekitar taman perumahan itu. setiap kali ternampak tin kosong Aiman akan segera berlari mendapat tin tersebut mengutipnya, memijakkanya dan kemudian di masukkan kedalam beg plastik besar tadi. Tidak cukup dengan memerhati dan mencari di sekitar kawasan lapang, Aiman turut menyusur kedalam longkang dan kadang kala di selongkar seluruh isi perut tong tong sampah yang di jumpainya. Jika nasibnya baik, adalah tin minuman diperolehinya, jika tidak dia akan terus berjalan tanpa menghiraukan orang yang sekeliling yang memandang.

HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
Disember 2010

No comments: