Pages

Sponsors

Thursday, February 28, 2013

Bila Kuku terasa Sakit


Andai dapat saya undurkan masa…ingin saya belajar mengejar menjadi Pilot…atau mungkin saya akan menjadi seorang tentera. Tapi saya juga suka kalau boleh menjadi nelayan…ada rezeki boleh beli bot besar…pergi menangkap ikan dilaut dalam. Namun kini kail saya cuma sejengkal…lebih sedikit la dari sejengkal sebenarnya…ada lah dalam 1,2,3 meter macam tu kut. Kenapa? Awak tak percaya..kan? Cakap aje lah awak tak percaya. Mesti awak cakap “berangan jer lebih” Sebenarnya itu bukan angan-angan, tetapi itu kenangan yang tak di isi dahulu.

-H.Inderasis-
~bila kuku terasa sakit.., aku menjerit tanpa nada~

Irama Gitar dan Gesekan Viola


Hidup ini bagai irama gitar solo ku. Fikiran ini bagai gesek kan viola buruk ku. Irama nya slow dan sentimental sekali. Gesekan itu amat menyakitkan telinga pendengarnya yang tak diundang bertamu dilorong ini. Namun biar aku sendiri mencari makna menghalusi gerak hati dan langkah yang ingin ditujui. Tak usah peduli. Andai nanti terputus tali... Tolong pasangkan tali yang baru... agar aku dapat ber Irama jiwa sekali lagi... hingga saat Irama itu tidak berbunyi lagi dibumi ini.

-Haris Indera-
~Seniman Jalanan tanpa tiang lampu~

Thursday, January 3, 2013

Cinta bukan untuk berpisah......

Cinta itu adalah satu perjuangan...cinta tidak murah dan tidak datang dengan senang..tatkala cinta itu hadir...ia bukanlah la datang bergolek atau terus runtuh di ribaan...cinta ada harga dan mahalnya. Segala macam cabaran dan permasalahan dalam cinta itu adalah satu ujian...ia datang bukan untuk memusnahkan cinta. Namun pancaroba yang datang itu sebenarnya adalah untuk membuat kan cinta itu lebih manis. Bukan sebenarnya untuk merenggangkan namun untuk lebih mengeratkan. Mengalah di tengah perjalanan cinta yang terpatri adalah rugi buatmu. Cinta adalah kehidupan, kebencian itu hanya anasir luar yang menjajah seketika. Jangan  mengalah sebelum berjuang bila berada di tengah medan cinta yang sedang berperang. Berjuanglah kerna untuk mendapatkan cinta itu pada mula dulu bukanlah sesuatu yang mudah. Cinta itu kan sebenarnya indah. tanpa cinta bunga takkan mekar, tanpa cinta bumi menjadi tandus,tanpa cinta manusia tidak akan ada, tanpa cinta dirimu sendiri tidak akan wujud. Fikirkanlah mereka yang ada di sekeliling mu demi kerana cinta yang mereka ada atau mungkin mereka yang ada kerana cinta mu.