Pages

Sponsors

Tuesday, April 5, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 5

 Ayu terasa kepalanya berat dan berdenyut – denyut. Kepalanya sedikit pening dan pusing. Dia memicit-micit dahinya. Matanya perlahan-lahan di buka. Ayu memerhatikan sekelingnya, dia tidak pasti dimana dia berada, tetapi firasatnya menyatakan yang dia sekarang berada di sebuah hospital atau klinik, namun dia kurang pasti akan itu. Ayu menarik dirinya dengan sejumlah kekuatan yang tersisa untuk duduk dan bersandar di kepala katil. Setelah berjaya menyandarkan diri beralaskan sebuah bantal, Ayu mengurut-ngurut pergelangan tangannya kanannya. Terasa sakit pada pergelangan tangan amat ketara.

Kini dia baru tersedar, perkara terakhir yang diingatkannya ialah bayangan 2 orang pemuda yang melarikan dompetnya dengan motosikal, dan selepas itu pandangannya semakin kabur dan pudar. Bila sedar sahaja dia sudah terlantar di atas katil itu. Mungkin pergelangan tangannya yang sakit itu akibat sentapan yang kuat dari peragut durjana yang meragut dompetnya. Nafasnya mengeluh kuat. Dia mengalihkan pandangan pada sisi jendela di dalam bilik itu. Fikirannya kembali merenung jauh nasib dirinya itu. Bermacam – macam persoalan yang timbul dan bermain di fikirannya.

“sekarang aku bukan sahaja tak ada kerja, tetapi wang yang cuma tinggal sedikit itu sahaja pun sudah tiada, abis segalanya, kini aku cuma tinggal sehelai sepinggang, bagaimana aku nak teruskan hari-hari yang mendatang, kepada siapa aku hendak meminta tolong?....” lama Ayu memandang kearah jendela, sinar dari jendela betul2 terpancar pada wajahnya, tanpa di sedari kelopak matanya mula bergenangan air mata…sedikit demi sedikit titisan air mata itu terlerai ke pipi mulusnya. Dia menangis kesedihan, keseorangan di dalam bilik itu. Pintu bilik tiba-tiba terusik, lantas lamuan Ayu dan perasaanya terhenti, dia menoleh kearah pintu yang mula terbuka. Seorang pekerja yang berpakaian seragam biru muda menerjah ke dalam bilik itu dan melemparkan sekuntum senyuman kepada Ayu yang masih termanggu-manggu melihat wanita itu. Ayu menyangkakan yang wanita itu adalah seorang jururawat yang bertugas disitu. Di sisi tangan wanita itu tersemat sebuah fail bersamanya. Katil tempat Ayu terlantar di dekati oleh wanita tersebut. Fail yang di peganngnya di letakkan di atas meja kecil di kaki katil. Sekali lagi wanita itu tersenyum memandang wajah Ayu, tetapi Ayu tetap berwajah hiba.

“cik saya di mana ni cik?” pertanyaan Ayu membuat kan perkerja tersebut merapatinya di sisi katil.
“jangan risau, awak sekarang di klinik, awak pengsan tadi, ada orang bawa awak kesini…awak berehat dulu… badan awak masih lemah” sambil wanita yang sebenarnya jururawat di klinik itu merasa denyut nadi di pergelangan tangan Ayu. Jururawat tersebut keluar semula, Ayu tidak berkata apa-apa. Sejurus selepas itu, jururawat tadi kembali semula dengan menatang dulang di tangan. Di atas dulang yang ditatang jururawat berkenan terdapat roti dan kek di dalam piring kecil dan segelas air susu, lalu di letakkan di tempat dia meletakkan fail tadi.
“awak makan dulu dan minum air susu ini, lepas makan dan minum tenaga awak akan bertambah.
Memang perut Ayu sudah merasa lapar ketika itu. Dari tengahari mencari kerja di sekitar situ, dia masih tidak makan apa-apa lagi, mungkinlah salah satu puncanya dia pengsan kerana perutnya kosong. Ayu membalas dengan senyuman kecil pada jururawat di hadapan katil. Jururawat tersebut menarik meja kecil beroda itu kesisi katil supaya mudah bagi Ayu untuk mencapai makanan dan minuman.

“kamu makan lah…sebentar lagi doktor akan datang untuk memeriksa kamu” setelah itu jururawat berkenaan mencapai fail yang di bawanya tadi dan mengeluarkan pen yang tersemat pada poket kecil seragam yang dipakainya. Ayu cuma memerhatikan jururawat tersebut mencatatkan sesuatu pada helaian yang dikepil pada fail berkenaan kemudian dia  memandang kearah dulang di atas meja. Tangannya yang masih terasa lemah di halakan ke arah meja disisi katil. Roti didalam piring di ambil lalu disuapkan perlahan ke dalam mulut. Ayu mengunyah perlahan. Terasa enak sungguh roti yang dijamahnya. Ditelannya sedikit demi sedikit, terasa sungguh bersyukur dengan rezeki sesedap itu ketika perutnya begitu lapar. Setelah menghabiskan sekeping roti, ayu kemudian menggenggam gelas yang berisi air susu yang sungguh lazat pada pandangan matanya sejak tadi. Dia menenguk air susu itu perlahan-lahan, tidak juga gelojoh. Ayu menikmatinya dalam suasana yang amat tenang, walaupun hatinya masih lagi di rundung kesedihan. Tanpa sedar roti diadlam piring telah habis dijamahnya dan air susu didalam gelas juga telah kering diteguknya. Sekarang Ayu merasa sangat lega kerana sudah kekenyangan. Walaupun menikmati hidangan yang ringan, hanya beberapa keeping roti dan kek serta segelas air, tetapi itu sudah cukup baginya dan dia berasa amat bersyukur dengan rezeki yang diterimanya sebentar tadi.

Jururawat yang peramah tadi sudah lama meninggalkan Ayu keseorangan di bilik itu. Ayu masih menunggu bayangan doktor yang diperkatakan oleh jururawat sebentar tadi, tetapi masih belum ada doktor yang kelihatan datang. Ayu merasakan dirinya bertenaga kembali dan keadaannya bertambah segar berbanding masa dia mula-mula tersedar tadi, seluruh badannya terasa lemah. Kini dia ingin saya bangkit dari katil dan ingin terus pulang kerumah sewanya. Kerana di situ sahaja tempat yang bermain difikirannya ketika itu. Dia ingin sahaja segera pulang dan kembali menyambung berfikir tentang hari esok dan seterusnya bagaimana dia hendak meneruskan hidup. Kini fikirannya yang kosong sebentar tadi telah dihujani bermacam-macam perkara dan pelbagai persoalan pula. Kesedihan mula menerjah semula di fikiran dan hati gadis itu. Rasa susah hatinya bercambah semula. Dia mula runsing memikirkan hal tentang dirinya. Fikirannya di bawa melayang entah kemana. Dimanakah agaknya fikirannya itu akan terdampar.
Pintu bilik di tolak perlahan. Doktor lelaki berbangsa Cina yang merawat Ayu awal tadi masuk kedalam bilik di temani jururawat yang peramah tadi. Doktor melihat gadis itu senang enak lelapnya di atas katil. Dulang di sisi katil di perhatikan si doktor. Tiada sebarang sisa makanan yang tertinggal, minuman juga habis. Doktor tersebut merasa senang hati meliat akan situasi tersebut. Rupa-rupanya Ayu tertidur semula selepas makan tadi. Mungkin fikirannya yang bercelaru tadi di bawanya melayang hingga tertidur. Doktor yang kini berada disisi katil bersama jururawat melihat gadis itu bernafas normal, wajahnya yang asalnya pucat telah kemerahan. Denyut nadi di periksa oleh si doktor. Juga normal. Ayu terjaga dari lena apabila merasakan ada sesuatu yang menyentuh lengannya. Dia seakan terperanjat dan terkejut melihat ada dua bayangan manusia di sisinya.

“ dik…dik… awak jangan takut…doktor datang nak periksa kamu, bertenang ya” jururawat tersebut cuba menenangkan keadaan apabila melihat Ayu sedemikian.
“sebentar ya…saya nak ambil tekanan darah awak… awak jangan risau tak ada apa-apa…bertenang sahaja” si doktor pula cuba memujuk. Ayu kembali tenang, nafasnya yang mendengus laju sebentar tadi mula perlahan setelah menyedari ada doktor dan jururawat di sisinya. Dia membiarkan sahaja kedua-duanya melakukan kerja masing-masing.

“nampaknya you dah normal…you dah boleh balik sekarang jika you mahu” kata-kata si doktor membuatkan Ayu begitu teruja.
“tapi you tak mahu pergi buat report dibalai polis dahulu, yang saya tahu kamu diragutkan?” Ayu tertanya-tanya bagaimana doktor yang sedang merawatnya itu tahu tentang cerita dia diragut. Ayu sebentar berfikir, baru dia dapat mengagak bagaimana si doktor tahu yang dia telah diragut., pada fikirannya pasti orang ramai yang melihat kejadian itu yang membawa dia ke klinik itu dan seterusnya menceritakan trajedi yang telah menimpa dia kepada tuan doktor.
“nurse…siapa yang hantar saya kesini?” Ayu berpaling kearah jururawat yang sedang membuka balutan alatan tekanan darah di lengannya.

“ada 2 orang pemuda yang membawa kamu kemari, mereka yang menceritakan hal sebanarnya yang terjadi..dan lagi satu kamu tidak perlu risau tentang bayaran bil rawatan kamu di klinik ini.”
“kenapa nurse?” Ayu mencelah semasa belum sempat jururawat tersebut memhabiskan kata-katanya.
“Ooo…kamu tidak perlu risau, salah seorang pemuda yang membantu kamu itu telah meningalkan wang deposit untuk bayaran kos perubatan, baik sungguh hati dia, sukar nak jumpa orang yang macam dia…” jururawat tersebut menceritakan hal yang sebenarnya.

Ayu terkedu mendengar apa yang diceritakan oleh jururawat itu. Dia berasa terhutang budi kepada orang yang tidak dia kenali itu. Jika di izinkan Tuhan dia ingin sekali berjumpa dengan pemuda yang baik hati itu.
“berapa banyak wang deposit yang dia bayar untuk saya nurse?” ternyata Ayu ingin sangat mengetahui jumlah wang yang di bayar oleh pemuda itu, pastinya bukan sedikit kerana dia sekarang di klinik swasta, bukan di klinik atau hospital kerajaan.
“RM 180……”
“banyaknya…” kata Ayu, seolah tidak percaya ada orang yang sanggup menghabiskan wang sebanyakkan itu pada orang yang tidak dikenali. Memang sungguh sukar bertemu orang seperti itu zaman sekarang ini. Kadang-kadang nak pinjam wang dari kawan yang kita kenal pun susah apatah lagi orang yang langsung tidak pernal kenal.

“ pemuda tu ada pesan pada saya jika tidak cukup, dia suruh saya call dia semula dan bila dapat gaji hujung bulan nanti dia akan membayar bakinya….tetapi wang yang dia beri tadi sudah memadai dan mungkin lebih…jika ada lebih nanti saya akan serahkan pada awak…boleh la awak buat duit poket untuk pulang kerumah, pastinya awak tiada se sen pun sekarang ini setelah kena ragut petang tadi.” Tambah jururawat tersebut.
“Oohh…lelaki tu ada tinggalkan no telefon dia?...nanti nurse tolong berikan pada saya…sebab saya perlu balas jasa dia dan saya nak pulangkan kembali wang dia tu..”

“baiklah..tiada masalah…itu yang sepatutnya dik…” jururawat itu tersenyum pada Ayu yang berwajah sedikit ceria. Di dalam hati jururawat tersebut berkata “ untung lah si gadis yang di timpa malang itu..kerana di bantu oleh seorang pemuda yang baik hati, dan untung la pemuda itu jika si gadis itu memabalas jasanya, dan alangkah bagusnya jika ada ramai lagi orang yang sebaik pemuda itu yang bermurah hati dan jika ada ramai lagi orang yang pandai membalas jasa seperti gadis di depannya” tanpa pengetahuan Ayu, jururawat itu tersenyum sendiri.
Dalam beberapa ketika lagi Ayu sudah boleh meninggalkan bilik itu dan pulang kerumah.

Dia pun turun dari katil lalu terus menuju ke tandas untuk mengemas diri. Setelah dia keluar dari tandas Jururawat itu mengiringinya hingga ke kaunter di hadapan klinik.
“awak duduk dulu di sofa tu, saya ke kaunter print kan bil” jururawat itu memberitahu Ayu sambil menuding jarinya kearah sofa.
“jangan lupa nurse.. tolong catitkan saya nombor telefon lelaki tu ya…” Ayu mengingatkan jururawat itu tentang keinginannya sebentar tadi.
“Ya baik …awak jangan risau nanti saya tuliskan untuk kamu” jururawat itu pun berlalu masuk kedalam ruangan kaunter dan Ayu melabuhkan dirinya di sofa empuk di hadapan kaunter sambil memerhatikan jururawat itu berurusan di kaunter.

Tidak lama selepas itu jururawat itu kembali kepada Ayu yang sedang menunggu di sofa.
“ini baki wang yang di bayar pemuda itu dan ini nama dan normbor telefon yang telah dia tinggalkan petang tadi..awak simpan lah baik-baik ya dan hati-hati pulang ke rumah” jururawat itu menghulurkan wang baki sebanyak RM20 dan sekeping kertas putih kecil yang tertulis diatasnya nama dan  nombor telefon  pejabat pemuda yang baik hati membantu Ayu petang tadi.

HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
APRIL 2011

4 comments:

Anonymous said...

wuaa... pakcik da tukar background lg la.. huhu.. bagus2.. =)
cpt smbung cite ek.. hehe.. :p

HARIS INDERA said...

;)....Insyaalah..dengan izinnya...doakan lah..... di anugerahkan ilham yang mencurah-curah...seperti deruan hujan yang tiada henti.....

Anonymous said...

faen doakan.. amin.. tp xleh deras sgt, banjir nnt blog ni.. hehe. men2 je. best lagu.. my faveret song satu ketika dlu.. Yakinlah aku menjemputmu.. =)

HARIS INDERA said...

terima kasih atas doamu untuk ku.....enjoy ya....;)