Bunyi motosikal yang menderu laju terdengar dari belakang, belum sempat Ayu menoleh mencari bunyi yang membingitkan itu, tangannya seperti di getus kuat, tingkahnya tergamam di situ, di tempat dia berdiri. Di lihatnya dari jauh motosikal yang dinaikki oleh dua orang pemuda sudah jauh kehadapan meninggalkannya yang masih terpaku disisi bahu jalan. Fikirannya yang membeku seketika tadi mula mencair dan tersedar, otaknya mula berfungsi, rekahan fikiran mula menjalar. Dompetnya di ragut!!!, kata-kata yang terlintas di hatinya, kini tangannya kosong, dompet yang tadi di genggamnya erat semasa menagtur langkah setelah keluar dari Masjid sudah di larikan oleh 2 orang penunggang motosikal yang kini tinggal bayangan. Perasaan yang terperanjat sebentar tadi sudah bertukar kesedihan, kini kesedihan yang amat sangat melanda di hati. Lutut Ayu terasa lemah dan longlai seolah tidak mampu lagi berdiri, dia rebah di sisi jalan. Orang ramai yang melihat kejadian itu berpusu-pusu mendekati gadis yang jatuh pengsan itu. Tanpa sedar, tubuh Ayu yang pengsan itu telah di kelilingi oleh orang ramai, tetapi masih belum ada sesiapa yang berani memberikan bantuan, cuma sekadar melihat.
Sang Pujangga baru sahaja keluar dari sebuah pejabat guaman yang tidak jauh dari situ,mengambil beberapa dokumen yang di arahkan oleh Bosnya satu jam yang lalu. Ketika menuju ke tempat parking motosikalnya yang cuma beberapa meter dari tempat pejabat guaman tersebut, dia melihat orang ramai sedang berkumpul di bahu jalan dan keadaan riuh di situ menarik perhatian Sang Pujangga. Niat untuk mengambil motosikalnya dan ingin terus pulang ke pejabat tempat dia bekerja terbantut. Langkah kakinya dilencongkan ke tempat yang sudah ramai manusia berkumpul itu. Orang ramai yang berkumpul di sekililing membataskan penglihatannya untuk melihat apakah yang mereka semua riuhkan itu. Pandangannya ingin mengetahui apa yang berlaku terhalang. Sang Pujangga melihat ada ruangan kecil ternadah di celah-celah susur orang ramai yang berkumpul. Dia segera mengambil peluang menyelinap masuk diantara ruangan itu.
Kini gadis yang terdampar di atas jalan itu membuatkan dia tertanya-tanya.
“bang kenapa budak ni bang? Dia kena langgar ke?” soalan di tujukan kepada seorang lelaki di sebelahnya.
“takkk…kata orang kat sini tadi dia kena ragut, lepas tu tiba2 budak ni jatuh pengsan.” Beritahu lelaki itu.
“kalau macam tu kita bawa dia ke klinik depan tu bang, tak kan nak biarkan budak ni macam ni je kut…”
“ya ya…betul juga cakap kamu tu” lelaki itu mengangguk berkali-kali
“mari bang, tolong saya angkat dia…kita usung dia ke klinik kat seberang sana tu” Sang Pujangga bertindak cepat tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling.
“cik!! tolong cik!!!, budak ni pengsan ….minta bantuan segara cik….” Sang Pujangga memanggil pekerja di klinik tersebut tatkala melangkah masuk kedalam klinik swasta itu. Pekerja yang sedang duduk di kaunter segera bangun mengusung stretcher yang diletakkan di penjuru berdekatan.
“letakkan dia kan sini cik….saya pergi panggilkan doktor sebentar” pekerja klinik itu tergesa-gesa menunggu ke bilik doktor. Tidak lama kemudian pekerja itu kembali bersama seorang doktor lelaki berbangsa Cina.
“kenapa ni…boleh ceritakan sedikit pada saya?” doktor tersebut cuba bertanyakan soalan sambil memeriksa gadis yang pengsan itu. Di lihat oleh si Doktor pada pandangan mata kasarnya, tiada apa-apa yang serius terjadi kepada gadis yang terbaring di atas stretcher. Luaran badannya tiada sebarang luka yang kelihatan, pakaian yang di pakai si gadis juga masih elok. Kemudian Doktor tersebut memeriksa nadi di pergelangan tangan gadis itu, ternyata nadinya masih berdenyut. Tetapi agak lemah. Doktor itu kemudian menyeluk poket kecil pada jubah putih yang di pakainya lantas mengeluarkan sebuah lampu suluh kecil, sebesar sebatang marker pen. Pekerja klinik menghulurkan sarung tangan getah kepada Tuan Doktor. Setelah menyarungkan sarung tangan perubatan itu. Doktor tersebut membuka perlahan mata si gadis yang pejam itu dengan jarinya yang beralas sarung tangan. Tangan yang sebelah lagi menyuluh lampu suluh tadi kearah mata yang terbuka. Kelihatan normal. Berdasarkan cerita yang di maklumkan kepada doktor tersebut oleh Sang Pujangga, Doktor itu tersenyum.
“ooo dia tak ada apa-apa…maybe dia just pengsan sahaja…saya akan beri dia satu suntikan, kemudian biar dia berehat sebentar..nanti lepas itu dia akan sedar sendiri. Kamu semua jangan risau”
Sang Punjangga dan lelaki yang membantu mengusung si gadis itu tidak berkata-kata apa, sekadar memandang wajah doktor tersebut yang senyum kearah mereka.
“ermm…nurse tolong bawa dia ke bilik perubatan...” kemudian doktor itu mengalihkan pandangan kepada Sang Pujangga dan berkata “nanti you tolong register nama di kaunter….Oh..ya…kamu ahli keluarga dia?”
“tidak…bukan….saya dan saudara ni tolong bawakan sahaja dia ke kesini” sambil jarinya di halakan kepada lelaki yang turut membantu tadi.
“kalau bukan tidak mengapa cuma tinggalkan nama dan nombor phone kamu…mungkin jika ada apa-apa nanti, sekurang-kurangnya ada orang yang kami boleh hubungi. Yang selebihnya nanti saya akan bertanyakan pada budak itu bila dia sedar nanti”
“ya..baiklah doktor..lagipun saya saya tidak boleh lama sebab ada kerja, perlu segera masuk ofis” Sang Pujangga memberitahu doktor tersebut.
“ya saya pun macam itu juga…jika tidak ada apa-apa lagi saya pergi dulu” lelaki yang seorang lagi itu terus sahaja beredar setelah ucapan terima kasih di ucapkan oleh si Doktor dan Sang Pujannga. Mujurlah ada juga orang yang sudi menghulurkan bantuan di saat-saat begitu.
Doktor itu kemudian terus beredar ke bilik kecil di belakang klinik. Tertulis di pintu bilik itu. “Bilik Perawatan 2”
Sang Punjannga duduk berehat seketika di sofa kecil yang disediakan di hadapan ruangan kaunter sementara menunggu pekerja klinik tersebut kembali ke kaunter untuk memberi nama dan nombor telefonya seperti yang di minta doktor tadi.
Sejurus kemudian pekerja tadi sudah kembali ke kaunter hadapan. Setelah maklumat dirinya di catit oleh pekerja tersebut. Dia pun keluar menuju ke parking motosikal. Tanpa berfikir panjang Sang Pujannga terus sahaja menunggang motosikalnya dan segera pulang ke pejabatnya. Pasti majikannya itu sedang menantikan dokumen-dokumen yang berada didalam beg sandang yang di bawanya. Jika lambat nanti pasti pelbagai pertanyaan akan di ajukan padanya untuk menerangkan akan sebab kelewatannya.
HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
APRIL 2011
2 comments:
pendeknya episod ni.. xsabar nk tau kisah selanjutnya.. huhu.. :)
hehehe...nanti tulis panjang2...Insyaallah...doakan...tungguuuuu.....
Post a Comment