Pages

Sponsors

Tuesday, March 29, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 3


~ 8 Tahun yang sudah berlalu ~

Seorang gadis berjalan sendirian di kawasan Masjid India,Kuala Lumpur, 3 jam yang lepas dia baru di buang kerja, sebentar tadi dia bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah kedai pakaian di ibukota tetapi kini dia hanyalah seorang pengangur sedih yang tidak tahu mana arah hendak dituju. Berjalan tanpa arah dan tujuan, hanya mengikut rasa hati dan langkah kaki yang menghayun…hanya mampu dituruti. Gadis itu singgah dan duduk bersandar pada sebuah kerusi di kaki lima. Dibelakangnya sebuah gedung pasaraya yang di dalamnya berselerakan orang ramai sedang memilih barangan dan tidak kurang juga yang mundar mandir hanya berpusing-pusing didalamnya. Baru sahaja tadi dia bertanyakan tentang kerja kosong di gedung itu. Tetapi gedung yang sebesar itu pun tidak mampu menawarkan kerja kepada gadis itu. Menurut pengurus di situ, semua jawatan telah pun di isi dan pihak pengurusan tidak memerlukan pekerja buat sementara ini, walaupun begitu penyelia lelaki yang separuh umur itu meminta si gadis supaya tinggalkan no telefonnya.

"awak tinggalkan nombor telefon dulu, nanti jika ada kosong kita akan telefon awak, manalah tahu jika ada yang berhenti dalam masa terdekat ni. Kat sini selalu sahaja ada orang yang keluar masuk, kerja sekejap berhenti, kerja sekejap berhenti" pengurus tersebut menghulurkan si gadis sebatang pen dan sebuah buku catatan.

"tapi saya tak ada handphone encik" si gadis menggelengkan kepala.
"susah lah kalau awak tak ada handphone, macam mana awak nak cari kerja nanti kalau handphone pun tak ada, then macam mana nak contact awak nanti" kata-kata dari lelaki itu membuatkan gadis itu berasa daif, zaman sekarang mana mungkin seseorang tidak mampu memilki sebuah telefon bimbit, sedangkan pelajar sekolah pun majoriti memilikinya sebagai keperluan biasa sehari-hari, ibarat pakaian yang di pakai setiap hari dan menjadi suatu kewajipan. Hakikatnya si gadis bukan tidak mampu membeli sebuah telefon bimbit , tetapi dia memirkan bahawa buat masa ini ada yang lebih penting dari itu, dan jika ada rezeki dan wang lebih nanti barulah dia bercadang mahu memilikinya. Sebelum itu dia pernah ada sebuah telefon bimbit, tetapi terpaksa di jual kerana kebuntuan duit waktu itu.

"macam ni lah encik, saya ambil nombor telefon sini, nanti kalau saya masih tak dapat kerja lagi saya akan call sini balik tanya tentang kerja jika ada kosong atau tak"

kertas kecil yang bertulis nombor telefon gedung itu di simpannya didalam dompet kecil genggaman tangannya. Gadis itu masih di bangku di kaki lima melepas lelah kerana sudah hampir 3 jam lebih dia berjalan di kawasan sekitar di tengah-tengah bandar. Fikirannya masih kusut memikirkan nasib diri, bagaimana jika dalam minggu ini dia masih tidak dapat mencari kerja lagi, dia memikirkan tentang sewa bilik untuk bulan hadapan, mujurlah sewa bilik untuk bulan ini awal-awal lagi dia sudah jelaskan. Orang ramai yang lalu lalang di situ dia langsung tidak hiraukan. Fikirannya melayang jauh memikrkan akan untung buruk nasibnya. Peristiwa yang baru berlaku seminggu lepas singgah diruang ingatannya.

"awak tak boleh hari-hari macam ini, sejak kebelakangan ini awak asyik ambil cuti sahaja, bukan sekali sekala tetapi hampir setiap hari dan bila ada pelanggan yang datang saya tengok awak layan mereka acuh tak acuh saja, itu merugikan kedai, awak kena faham.....kalau awak terus-terusan begini tiada gunanya awak bekerja kat sini lagi...dan saya rasa lebih baik awak cari kerja lain, kalau awak nak kerja buat cara nak kerja, kalau tak nak...banyak lagi orang kat luar sana yang nak cari kerja" suara penyelianya yang pada mulanya bernada biasa kedengaran makin meninggi.

"kak…..Ayu minta maaf kak, bukan Ayu sengaja tak nak datang, sejak akhir-akhir ni sakit Ayu makin menjadi-jadi, sakit migrain Ayu ni bertambah teruk, bukan Ayu tak pergi jumpa doktor, bukan Ayu tak makan ubat...tapi bila sakit kepala Ayu tu datang....makan ubat sahaja tak cukup untung menghilangkan sakit Ayu tu, dan bila sakit, satu apa pun Ayu tak boleh buat kak. Ayu tepaksa menahan sakit, macam mana Ayu nak datang kerja."

sudah berkali-kali dia mempertuturkan perkara yang sama berulang kali kepada penyelianya itu tetapi dia juga faham, bekerja makan gaji seperti itu bukannya mudah, sungguhpun dia berkata yang benar tetapi apakan daya, memang sepatutnyanya dia tidak boleh terlalu kerap mengambil cuti, tetapi sakit migrain yang di alaminya membuatkan si gadis tidak mampu berbuat apa-apa bila kesakitan melanda, hanya mampu makan ubat dan menahan sakit berbaring di rumah. Pernah dia gagahkan diri pergi bekerja waktu dia sakit, tetapi dalam perjalanan dari rumah ke perhentian LRT untuk ke tempat kerja, dia pengsan dan rebah ke bumi, untung ada orang yang masih ambil peduli dan membawanya ke hospital, jika tidak tidak tahulah apa yang akan berlaku.

"ya akak faham..tapi akak pun tak boleh nak buat apa-apa juga Ayu, akak juga makan gaji seperti awak kat sini, jadi awak juga kena faham situasi akak, Madam Chin dah beberapa kali bertanya pasal kedatangan awak setiap kali dia datang dan singgah mengutip wang jualan kedai 2,3 hari sekali." 
terang penyelianya kepada gadis dengan panggilan Ayu itu. Madam Chin pemilik toko pakaian itu akan datang selang 2 atau 3 hari untuk mengutip hasil jualan yang di peroleh oleh kedai. Madam Chin memang garang  dan tegas orangnya, Wanita berbangsa Tiong Hua itu apabila setiap kali datang dia akan memeriksa kad kedatangan semua pekerjanya yang di gantung di belakang ruang kecil bersebelahan mesin jam perakam waktu dan pastinya dengan mudah Madam Chin dapat mengetahui siapa yang datang lewat, siapa yang datang awal dan siapa yang tidak datang langsung.
“ya kak, Ayu faham, memang salah Ayu, tapi kak berilah Ayu peluang lagi, Ayu harap sakit Ayu ni segara sembuh dan tak melarat berlanjutan lagi..Ayu jann………” kata-kata si gadis terhenti tatkala penyelia yang sedang terpacak di hadapanya mencelah.

“ya..ya baiklah akak faham, akak bukan tak kasihan pada awak Ayu, tapi akak harap lepas ni janganlah awak selalu mengambil cuti sangat, nanti awak pergi la jumpa doktor betul-betul, bagitahu sakit dan masalah awak tu betul-betul. Akak pun faham Ayu, kerja macam kita ni bukannya ada kebajikan sangat, jika awak selalu ambil cuti lagi lepas ni, pasti nanti awak di buang kerja…akak tak boleh nak tolong awak kalau nanti Madam Chin pecat awak, cuma akak mampu berikan nasihat dan pandangan kepada awak, awak fahamkan Ayu?” kat-kata nasihat cuba diberikan oleh penyelia kedai itu kepada Ayu.

“ya kak, terima kasih banyak-banyak kak sebab faham Ayu, terima kasih kak, lepas ni Ayu cuba tak ambil cuti lagi, esok atau lusa Ayu ke hospital jumpa doktor” gadis itu mula merasakan tekanan setelah panjang lebar berbalas kata dengan penyelianya itu, tetapi dia bersyukur kerana masih ada insan yang memahami.

“Allahuakbar Allahuakbar.!!!!!!.........”
“Allahuakbar……. Allahuakbar.!!!!!!.........”

Lamunan si gadis terhenti apabila suara azan dari Masjid India yang tidak jauh dari situ berkumandang. Kini telah masuk waktu Zohor di kawasan Kuala Lumpur. Ayu tidak sedar bahawa sudah lama di duduk berteleku dibangku itu, hinggakan ada seorang nenek berketurunan India duduk di sebelahnya pun dia tidak perasan. Jauh betul khayalnya membawa dia berlayar….Ayu mengusap mukanya dengan kedua belah tangan, di memandang kesekitar dari kanan dan kiri. seketika dia cuba mengumpul kekuatan dari dalam diri…sejurus selepas itu Ayu bangkit dari bangku itu dengan sedikit tenaga dan kekuatan untuk meneruskan langkahnya yang masih samar-samar dan pudar. Tetapi apa pun dari bangku itu dia ingin terus menuju ke Masjid yang masih melaung kan azan itu. Hajatnya untuk menunaikan kewajiban dan mungkin mencari sedikit ketenangan…harapnya begitu…..



HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
MAC 2011

Friday, March 25, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 2

"Alamak!!!....pagi-pagi lagi dah buat hal....potong mood betul lah...bikin spoil je lah....aduhhh!!!! hisshhhhh" sang pujangga mengeluh kesah...jam di tangan berkali-kali di jenguknya. dan berkali-kali jugalah tayar motosikalnya di belek. seawal pagi niatnya sudah terbantut dek tayar motosikal yg kempis. pada fikirannya patut la dia terasa berat ketiga menyorong keluar motsikalnya dari bawah anak tangga pangsapuri 5 tingkat yang di diaminya. Mahu tidak mahu terpaksa juga lah dia menuntut motosikalnya hingga ke bengkel motosikal yang terletak tidak jauh dari blok pangsapuri berkenaan. walaupun sang pujangga tahu bahawa tiada bengkel motor yang membuka perniagaan seawal pagi begini tetapi apakan daya, itu sahajalah yang mampu sang punjangga buat ketika itu dan itu sahajalah yang hanya bermain di kotak fikirannya yang sedang serabut bergulung-gulung ketika itu.

Jalan-jalan serta lelorong kecil di kawasan perumhan disitu sudah mula sibuk dengan kenderaan dan orang-orang yang lalu lalang hendak ke tempat kerja, ramai juga pelajar-palajar sekolah sudah di merata-rata berjalan kaki menuju ke gedung ilmu mereka, keadaan sekitar semakin di banjiri pelbagai ragam manusia. Buti-butir peluh sudah mula bermanik di wajahnya, baju kemeja yang di pakainya sudah mula terasa melekat di tubuhnya, jika sudah tiba di bengkel motor nanti pasti baju yang cantik digosok semalam akan lencun di basahi peluh.

"apalah nasib....tak habis satu problem...problem lain pulak mari....hushh...." sang pujangga merungut dalam perjalanan sambil menuntut motornya yang semakin lama terasa semakin berat, ternyata dia sudah mula penah dan lenguh. Namun dia tetap bersabar, padanya begini la nasib orang-orang biasa sepertinya, tidak seperti mereka yang ketempat kerja memandu kereta. tetapi jika dibandingkan dengan mereka yang menaiki kenderaan awam seperti bas, train(LRT,PUTRA dan MONOREL) dia berasa lebih beruntung biar punya hanya ada harta sebuah motsikal, dia lebih rela menunggang kenderaan dua roda itu dari terpaksa berpusu-pusu menaiki bas dan sebagainya. sedikit fikiran serabut dan rasa bengangnya tadi luntur kembali. hati yang tadi panas kini semakin suam.

"haa ahhh.. apa aku nak buat ni? nak tunggu sampai bengkel buka ke atau nak ponteng kerja ni?" sang pujangga bertanya sendiri setelah motosikalnya yang pancit itu di tongkatkan di hadapan Bengkel Wai Loong. Bengkel yang selalu di kunjunginya setiap kali ada masalah dengan motosikalnya atau lebih tepat lagi jika motosikalnyaitu sakit.

"kalau aku nak tunggu sampai bengkel buka...aku kena lah telefon Cik Rina..kalau aku nak ambil emergency leave(cuti kecemasan) pun aku kena call dia jugak...kalau aku tak nak call pun tak boleh juga..nanti dia mesti call aku jugak....aduhhh...jadi senang cerita aku teap kena call dia juga." persoalan itu bermain di fikiran sang punjangga dan jawapannya tetap sama.

"hello, Assalammualiakum Cik Rina...." nadanya perlahan
"ya hello, waalaikummusalam...ha kamu...kenapa?" Cik Rina juga bersuara lembut.
"hari ini sama masuk ofis lambat sedikit Cik Rina, tayar motor saya pancit Cik, jadi tepaksa lah saya tunggu sampai bengkel motor buka dulu nak gantikan tiub yang bocor ni"

"ermmm baik lah, apa-apa pun kamu mesti datang ye, sebab saya ada perkara yang perlu di bincangkan dengan kamu hari ini, tak mengapa kamu settle kan hal motor kamu tu, bila dah settle nanti kamu datang ke ofis ye" sekali lagi nada wanita di hujung talian itu tetap seperti biasa, tiada nada yang luar biasa di dengar oleh sang pujangga.

"ya .. baiklah Cik Rina.. terima kasih Cik..Assalammualaikum"
bicara di tamatkan sehingga di situ, perbualan ringkas tadi seditki membuatkan dadanya lapang dan fikirannya tenang sedikit.

"dah penat tolak motor tadi...lapar la pula....hushhh" perutnya mula bernada keroncong dan tekaknya yang kering sudah mula terasa haus. Sang punjangga menoleh ke deretan kedai, matanya tertancap pada sebuah restoran di hujubng bangunan.

"mamak kasi teh tarik satu, roti kosong satu..." sebaik sahaja duduk dia terus di datangi pelayan restoran yang kebanyakkannya di import dari negara India.

Masa masih panjang lagi sementara menunggu Bengkel Wai Loong buka. Dalam masa menunggu pesanan makanannya tiba, Sang Pujangga membelek telefon bimbit di tangannya, tidak banyak perkara yang boleh di lakukannya ketika itu.
"Semalam masa aku jumpa dia kenapa tak sedikit pun terlintas nak minta nmbor dia" Sang Punjangga berfikir sejenak.
"Ermm... mungkin aku pun tak sangka akan bertemu dia lagi dan aku seperti tidak mampu berbuat apa-apa ketika semalam, ia berlalu dengan sekerdipan mata." sejenak fikiranya teringatkan kisah semalam. Ya memang dia tidak pernah menjangkakan bertemu dengan watak yang pernah hadir di dalam kamus hidupnya itu...yang pernah... yang pernah suatu ketika dulu, nota hidup itu seperti sudah hilang dari hidupnya tetapi kini kamus lama itu dia jumpa kembali di celah-celah perjalanan hidup....di celah-celah susunan batu-batu besar dan debu kota, di balik sinar dan pancaran nestapa yang menghangatkan...fikirannya melayang....jauh.....ke suatu ketika dulu......


HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
MAC 2011

Monday, March 14, 2011

DIARI PUJANGGA SEPI- BAB 1 ~Kenapa aku hidup ..dan kenapa hidup ini...dan hidup ini kenapa...apakah hidup ini...bagaimana jika tiada hidup...bagaimana hidup...hidup yg bagaimana....!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

 sepuluh minit lagi azan subuh....matanya walaupun letih dan tidak bermaya tetapi masih bentangan tilam dan batal tidur yg 2 biiji itu serta ehemmm ( bantal busuk kesayangan) tidak rasa ingin di gapai...kisah petang tadi membuatkan dia merenung jauh semula kebelakang...suatu kamus hidup yang telah lama dia buang jauh kini diselaknya satu persatu tanpa sengaja...kamus hidup yg telah lama menjadi kenangan itu membuatkan dia seakan bangkit dari sedar. bukanlah sebuah buku yang di tatapnya..tetapi hanya memori lalu yg tanpa sengaja singah membuka pintu ingatannya pada suatu ketika dahulu, saat remajanya, saat di mula mahu melangkah ke alam yg dia tidak pernah akan jangka jadi begini. Menyesal? tidak dia tidak pernah menyesal, tetapi mungkin rasa marah,juga benci yang di kemuncakkan dengan rasa terkilan membuatkan dia tertanya-tanya. Berbagai bagai persolan datang menerjah saat dia melentur lesu di kerusi kecil yang sesekali berbunyi (kriuk..kriuk )  apabila tubuhnya bergerak. di hadapan komputer yang menjadi penemannya setiap mata sang punjangga termenung jauh...kepalanya bersadar di hujung kerusi.. dada syiling yg kosong di langutkan pandangannya, tiada apa disitu cuma sehamparan konkrit berwarna putih seakan kelabu ditatapnya tanpa jemu, kadang kala matanya di pejamkan seolah-oleh kusyuk menghayati sesuatu. Sudah lama berada dalam pandangan gelap dia buka kembali matanya buntang. berkali-kali sang pujangga demikian, bersilih ganti.

"Allahuakbar Allahuakbar.........."

Suara azan dari corong pembesar suara yang terletak tidak jauh dari tempat dia, ibu , ayah dan adiknya berlindung dari hujan dan panas itu mengejutkan akal fikirnya yang lama tenggelam hampir hanyut itu. Nafasnya berbunyi kencang, sang pungga mebetulkan duduknya di kerusi itu, pandangannya di alihkan kiri dan kanan seperti mencari sesuatu...dia membongkokkan badan ke hadapan menggapai jam tangan di hujung penjuru meja komputer.

" dah 6.30 rupanya...husshhhh...tak sedar aku....baik aku mandi bersiap2 dan solat,, lambat nanti aku pergi kerja mampus aku...nasib baik kau tak terdur tadi...kalau tidak jenuh,,,,,,," dia menguap dan mulutnya menguam besar kerana semalam sang pujangga tidak tidur... setelah bangkit dari kerusi, tuala mandi yang tersidai di almari di sentapnya lalu terus meluru ke bilik air........( akan bersambung lagi....tungguuuu)

HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
MAC 2011

Wednesday, March 9, 2011

Semalam Aku Bermimpi..mimpi yang jauh...

semalam aku terbenam
di lubuk asmara yang jauh
aku mungkin tidak dapat memiliki kamu
cukuplah aku mengagumi kamu
dahulu selalu aku bermimpi
mimpi yang jauh
mimpi aku dan kamu
terbang bersama mu itu indah
dalam dunia khayal ku aku tersenyum sendiri
tanpa sedar terbawa di dalam lena ku
dirimu mengisi setiap sudut masa yang terlerai
pandangan ku nampak wajahmu
fikiranku angankan wajahmu
hatiku ingin kamu
bila suria melaungkan beduk
dan mata terbuka
aku tersenyum lagi dengan keanngan semalam
senyum itu perlahan lahan beralih arah
lamunan ku kembali ke alam realiti
sebaris kata dan ayat ku ulangi berulang kali
aku suka kamu
aku terpegun lihat potretmu
gambarmu jadi koleksi ku
tetapi aku tidak dapat memilik kamu
cukup lah aku mengagumi kamu
dari jauh
dari dunia ku
perantara itu adalah masa
kerana aku tidak pernah mengenali kamu
dan kamu tidak pernah kenal aku
sekadar berkata tanpa suara...ya tapi itu dulu
kerna kamu
hanyalah kekasih gelap ku
dan aku bukan sesiapa pada kamu.....


HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
MAC 2011