Sudah beberapa jam berjalan dan mengutip tin tin kosong yang dijumpainya ketika dalam perjalanan menelusuri setiap lorong dan kawsan di taman perumahan itu, kini beg plastik besar itu sudah hampir 3 ¼ penuh, jika diusahakan dan di cari lagi mungkin beg plastik itu kan sarat dengan tin tin kosong. Aiman merasakan sanagt penat dan letih dekatnya berasa kering dan terlalu haus. Sampai di depan surau di taman perumahan itu, Aiman melangkah masuk kedalam kawasan surau, dia terus menuju ke tempat mengambil wudhuk, pili air yang bersusun diterjah Aiman seperti anak kucing yang kehausan, dia membuka slah satu dari pili air tersebut sebesar besarnya.
“arghhhhh…..” rasa lega dan segar dirasai Aiman setelah meneguk air dari pili tersebut. Ketika itu tiada sesiapa pun di dalam surau kerana telah lama habis waktu asar dan para jemaah semua mungkin sudah pulang ke rumah masing masing.
“aku rasa tin tin ini semua mungkin dan cukup jika aku hantar ke kedai Pak Yaakub, aku nak jual semua tin kosong pada Pak Yaakub dengan harga RM 1.60, lepas tu boleh la aku ganti balik sekilo gula yang pecah tadi” Aiman berkata sendiri sambil tersenyum, sambil mulutnya yang basah di lap pada lengan baju. Aiman terus menuju ke kedai Pak Yaakub dengan penuh harapan.
Dari jauh Aiman sudah nampak tubuh Pak yaakub yang sedang menyusun roti roti di atas rak yang di letakkan di bahagian luar kedai kecil itu.
Pak Yaakub terasa bajunya di tarik tarik dari belakang, lantas dia menoleh kebelakang, Pak Yaakub melihat wajah Aiman seperti udang kena bakar sedang menguis pangkal bajunya.
“eh, kamu Aiman.. kamu dari mana ni, apa kamu buat smapai jadi macam ni Aiman, mak kamu tak mrah ken anti kalau dia tengok kamu macam ni Aiman?” Aiman yang memerhati Pak Yaakub sejak dari tadi tidak membuahkan apa apa kata, dia terus menghulurkan beg plastik besar berisi tin tin kosong itu kepada orang tua di depannya.
“apa ni Aiman?”Pak Yaakub bertanya lagi
Aiman menjawab “ tin Pak Yaakub.. semuanya Rm 1.60 saja”
Pak Yaakub tersenyum dan kemudian dia ketawa kecil “ hahaha…kamu nak jual semua ni dengan harga RM 1.60 pada Pak Yaakub ya Aiman”
Aiman sekadar menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata kata Pak Yaakub. Lantas kepala anak kecil itu di usap Pak Yaakub berulang kali sambil Pak Yaakub menggelengkan kepalanya dengan senyum yang terukir.
“baiklah Pak Yaakub beli tin tin kamu ni dengan harga RM 1.60, tapi dengan satu syarat, apa saja yang kamu nak beli di kedai Pak Yaakub ni setelah dalam wang RM 1.60 tu nanti, Pak Yaakub bagi percuma sahaja ok”
Aiman yang mendengar kata kata Pak Yaakub itu menganggukkan kepalanya laju dan tersenyum lebar. Terasa gembira yang amat sekali mendengar kata kata orang tua itu. Pak yaakub masuk ke dalam kedai dan meletakkan beg Plastik pemberian Aiman di belakang kedai, Aiman hanya duduk termanggu di hadapan kedai. Tidak lama selepas itu Pak Yaakub datang semula dengan wang RM 1.60, terus dihulurkan kepada anak kecil yang di lihatnya penuh simpati. Wang bertukar tangan. Aiman menggenggam RM 1.60 kuat di genggaman.
“baiklah, apa kamu nanti beli lagi Aiman?” tanya Pak Yaakub kepada Aiman
“saya nak gula sekilo Pak Yaakub” Pak Yaakub dengan dahi berkerut berasa hairan dengan permintaan Aiman itu. disangkakanya anak kecil di depanya itu akan meminta aiskrim atau makanan ringan seperti yang biasa kanak kanak seusianya inginkan bila kedainya, tetapi lain pula pada anak kecil yang bernama Aiman ini.
“gula sekilo?” Pak Yaakub bertanya lagi sambil bahu Aiman di sentuhnya. Aiman hanya menganggukkan kepala.
Pak Yaakub menunaikan permintaan Aiman dengan sekilo gula. Setelah apa yang dihajati berada dalam genggaman. Rm 1.60 di genggaman kanan dan sekilo gula di genggaman kiri, Aiman meminta diri dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yaakub. Pak Yaakub hanya memerhatikan Aiman yang berjalan pulang dari jauh sehingga kelibat anak kecil itu hilang dari pandangan matanya.
Begitu lah dalam hidup ini, jika mahukan sesuatu walau sekecil mana pun hasrat kita itu, hars dimulai dengan usaha. Dengan berkat dan kesabaran Insyaallah usaha kita aan membuahkan hasil. Terkadang kita perlu melalui liku dan halangan serta onak dan duri sebelum menikmati kemanisannya. Begitu lah Aiman , anak kecil yang baru berusia 9 tahun, walaupun pun fikirannya tidak begitu matang dan masih mentah, tetapi dia mampu berfikir secara logigal akal dalam mengharungi kesedihannya. Sepatutnya contoh yang ditunjukkan oleh anak kecil bernama Aiman ini patut di contohi, sigat beraninya amat mengagumkan.
Dalam perjalanan pulang petang itu setelah segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil, Aiman berfikir sendirian.
“aku balik lepas ini pasti ibu akan gembira, nanti samapai sahaja di rumah, aku akan member salam kepada ibu, akan memohon maaf dan ampun pada ibu…. lepas tu aku nak bagi gula dan wang RM 1.60 ini pada ibu” sambil menunduk hatinya berkata demikian, tanpa sedar imaginasinya itu membuatkan Aiman tersenyum seorang diri ketika kaki masih laki melangkah keletihan dan lesu. Walaupun debaran terasa samada rasa marah si ibu sudah reda atau tidak teapi Aiman tetap langkahnya tetap di halakan kerumah. Taman permainan yang dilintasinya tengahri tadi sudah lepas di balakangnya. Kini rumahnya dapat dilihat dari kejauhan, debaran hati Aiman semakin kencang bercampur perasaan gembira yang seimbang. Kaki semakin laju melangkah. Aiman melintas jalan yang betul betul menyeberangi di hadapan rumahnya. Tanpa sedar tubuhnya seperti di dihayun dan di pukul sesuatu yang amat keras dan laju. Mata Aiman mula berpinau dan terasa kepalanya menerima hentakkan yang amat kuat, sakitnya tidak terkata, Aiman terasa tubuhnya seperti ditikam benda halus dank eras, ada cecair panas dirasainya mula mengalir dari ubun ubun kepalanya. Nafasnya tercungap cungap dan tersekat sekat,pandangannya makin lama makin kabur, lama kelamaan menjadi gelap.
Aini yang sedang melipat pakaian yang di ruang tamu mengerutkan dahinya,bunyi hon kereta dan bunyi tayar membrek kuat diiringi dentuman yang kuat mencurigakannya. Baju yang sedang di lipat di leparkan ketepi dan terus ke tingkap yang dilopongkan luas, Aini terintai intai dari dalam, langsir berwarna ungu di selak Aini luas luas. Dia terlihat orang sudah ramai berkumpulan di dihadapan rumahnya, Volvo hitam di tengah jalan di kerumuni orang ramai yang semakin ramai itu. Aini berpendapat, bunyi kuat sebentar tadi telah mengakibat kemalangan berlaku, dia menggeleng gelengkan kepala. Aini bersimpuh semula menyambung apa yang dilakukannya tadi tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku di hadapan rumahnya, dia sedikit pun tidak ambil pusing.
“ assalammualaikum… Kak Aini!! Kak Aini……..!!” kedengaran pintu rumahya di ketuk ketuk kuat dan laju, suara yang memberi salam seperti dikenalinya, lalu diamati suara tersebut. Itu suara jiran sebelah rumahnya, Aini cam suara itu, tetapi apa yang Salmah jiranya itu mahukan, meberi salam dan mengetuk pintu seperti orang tergesa gesa, Aini berfikir seketika, lalu salam di jawab
“Waalaikummussalam” sambil meluru membuka pinta rumahnya yang masih di ketuk itu, Salmah dengan muka yang seperti orang cemas ternampak hantu itu menambahkan kekeliruan di wajah Aini.
“kenapa ni Mah, kau ni kenapa, apa yang tak kena?” soal Aini ingin tahu
“Aiman…Aiman…… Aini,…. Aiman anak kau Aini……” muka Aini yang jadi penuh kekeliruan sedikit berubah. Aini mengalihkan pandangannya kepada orang ramai yang sedang berkumpul di tengah jalan dihadapan rumahnya, kebanyakkan sedang menadang kearahnya. Hati Aini mula bertukar cemas.“kenapa dengan Aiman Mah? cakap Mah kenapa dengan anak aku?” Aini mendesak
“Aiman anak kau kemalangan Aini ...” sambil tangan Salmah di halakan kebelakang dan jarinya ditujukan kea rah kereta Volvo hitam di tengah jalan.Aini yang tidak dapat menahan sebak mendengar kata kata Salmah terus berlari ketempat orang ramai berkumpul itu, deraian air mata mula megalir dari kelopak matanya, Aini menyelit nyelit di antara orang ramai yang berlapis itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan raya berlumuran darah yang banyak adalah Aiman, anaknya.
Aini tidak dapat membendung perasaannya ketika itu, dia menangis sekuat hati, air matanya semakin mencurah curah, Aini bersimpuh di sebelah anak kecilnya yang sudah tidak bernyawa lagi, kepala anaknyayang penuh darah itu di angkatnya perlahan dan di ribakan di atas pehanya.
“Aiman ibu minta maaf Aiman, ampun kan ibu Aiman… Aiman ….. Aiman ….. Aimannnn!!!! ….. bangun nak …bangun!!!!!!!” tubuh anak kecil itu di goncang goncang si ibu dengan harapan anaknya itu kembali membuka mata dan memanggilnya. Orang ramai yang melihat kejadian itu hanya tumpang simpati kepada si ibu. Perasaan Aini bertambah parah apabila dia terlihat adalah sebungkus gula yang masih elok didalam plastik pada tangan kiri anaknya itu lantas jari jemari yang tergenggam di sebelah kanan di buka Aini perlahan. RM 1.60 yang terlihat di dalam genggaman anaknya itu membuatkan dia rasa benar benar bersalah dan menyesal. Tangisan Aini semakin kuat dan tiada sudah tidak berdaya hendak menahan kesediahnnya yang tidak terhingga itu,pandangan semakin kabur dan menajdi gelap. Aini rebah dan pengsan di sisi Aiman.
Sudah seminggu Aiman pergi, dan sudah seminggu jugalah air mata Aini tidak pernah kering di pipinya. Di ruang tamu tempat Aiman selalu menyiapkan kerja rumahnya Aini bersandar lesu di tepi sofa. Buku latihan sekolah Aiman yang di peluknya erat sejak dari tadi du bukanya perlahan, satu persatu helaian diselak hingga la ke helaian terakhir yang bertulis
‘ nama saya Aiman bin Abdul Latif. Nama ibu saya Noraini. Saya belajar ditahun 3 Zuhal. Saya sayang ibu dan ayah saya. Selepas sekolah saya suka menolong ibu mencuci pinggang. Saya suka menolong ibu saya pergi ke kedai. Ibu saya seorang yang garang. Ibu saya selalu pulas telinga saya apabila saya buat salah. Walaupun ibu saya garang tetapi saya sayang ibu dan ayah saya. Bila besar nanti saya hendak jadi seorang guru……….’’
Tanpa sedar setitis air jernih jatuh membasahi halaman muka surat buku latihan itu.
HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
Februari 2011