Pages

Sponsors

Wednesday, December 29, 2010

KERANA RM1.60 (episod 2)

Dalam perjalanan pulang Aiman melalui sebuah taman permainan, rasa girang dan seronok terus terpancar di wajahnya bila melalui taman permainan tersebut, di hujung sana dilihatnya sekumpulan kanak kanak seusianya sedang berkejaran mengelilingi sebuah jongkang jongkit dan di suatu sudut lagi dilihatnya seorang ibu sedang membuai anak kecilnya yang sedang di atas buaian serta ada sekumpulan leleki dewasa sedang bermain bole sepak dengan riuh sekali. Suasana di taman permaianan itu sungguh meriah sekali, seperti temasya sedang berlangsung. Sebuah gelongsor kecil di satu sudut menarik perhatian Aiman, ingin sekali dia mendaki gelongsor tersebut dan menggelongsor dari atas ke bawah. Matanya tertumpu tajam pada gelongsor itu dan dengan perlahan Aiman  berjalan menghampiri gelongsor yang tidak lekang dari pandangannya sejak dari tadi, sekilo gula di dalam beg plastik merah sedikit lutsinar masih di genggam erat Aiman, sungguh teruja dia apabila mula menaiki tangga kecil dari belakang gelongsor. Sambil ketawa kecil sendiri, tidak sabar rasanya dia ingin menggelongsor kebawah setelah sampai di atas gelongsor nanti. Sampai sahaja di atas gelongsor dia membuahkan senyum manis yang comel sekali bagi kanak kanak seusianya. Tanpa berfikir panjang lagi Aiman terus duduk di hujung bibir gelongsor dan dengan riang terus menggelongsor kebawah, sambil beg plastik berisi gula di pekup rapi dengan kedua belah tangan dan di ltakkan di atas perut. Kali ini dia mahu menaiki gelongsor itu lagi, perasaannya leka dengan keseronokkan bermain, Aiman  terus menuju ke tempat dia bermula sebentar tadi. Langkahnya makin laju menaiki anak anak tangga kecil itu yang tersusun renggang. Tanpa di sedari kakinya sedikit tersasar apabila sampai di pertengahan susunan tangga dan menyebabkan Aiman tergelincir sebelum sempat dia memaut pada palang besi di dua belah tangga mengakibatkan Aiman berguling jatuh ke bawah semula. Terlentang dia di atas tanah, pandangannya tepat kearah langit yang menyilaukan pancaindera pandangnya, tetapi dia sedikit pun tidak menangis walaupun rasa sakit akibat hentakkan yang kuat ketika terjatuh, mukanya di palingkan ke kanan, di lihat sekilo gula sudah terburai di atas tanah, hanya beg plastik yang sudah koyak itu masih di genggamnya. Melihat keadaan gula yang sudah bersepah di atas tanah membuatkan hatinya menjadi takut, pesanan ibu yang menyuruh dia segera pualng setelah membeli barang yang di suruh awal tadi terngiang ngiang ditelinga anak kecil itu, Aiman  seperti mahu menangis, bukan kerana sakit akibat terjatuh dari tangga, tetapi mengenangkan nasib yang bakal diterimanya bila pulang nanti, si anak yang masih terlentang di tanah mula bangkit dengan air mata membasahi pipi mulusnya. Gula yang berselerak di atas tanah di cuit cuit si anak dengan harapan dapat  mengutip saki baki gula yang masih elok dan bersih, tetapi apakan daya, hampir kesemua butir butir gula yang sekilo itu sudah tercemar. Dia mencangkung dengan perasaan hampa sambil merenung pada setompok gula di atas tanah. Air matanya tidak berhenti merembis, dengan tangisan kecil Aiman menyusun langkah menuju ke rumah dengan segera, sambil berjalan diiringi tangisan yang sayup sayup serta sedu sedan yang putus putus, dia berfikir entah apa habuan yang akan diterimanya bila ibunya tahu keadaan yang sebenar nanti.
Sampai di rumah Aiman terus memberanikan diri menuju ke dapur, kerna dia tahu ibunya masih menanti sekilo gula yang dipesan tadi.
“ibu, ibu.. Aiman minta maaf bu” si ibu yang sedang asyik mengemas di dapur segera menoleh kearah suara yang memanggil. Alangkah terkejutnya Aini apabila melihat anak lelakinya itu dengan kesan luka dan calar di siku dan lutut. Kemudian si ibu megalihkan pandangan pada secebis beg plastic kotak yang masih digenggam anak lelakinya itu. Perasaan yang mula tadi mengundang simpati kini mula berderau dan membuak buak rasa hampa dan marah, tanpa di sedari si anak, ibunya yang tadi berada beberapa kaki di hadapanya sudah berada tepat di tempatnya. Dan tidak semena mena satu tamparan hinggap di pipi mulus si anak yang masih basah bergenang air mata itu.
“ibu,ibu..aiman minta maaf bu!!!, aiman minta ampun!!!, aiman x buat lagi!!!” si anak merayu pada ibunya yang dengan perasaan yang amat marah seperti api membara dan jika di tuangkan sebaldi air pun tidak dapat memadamkan api kemarahan si ibu ketika itu. Sambil menahan sakit telinganya di pulas pulas kuat dan di hayun kekiri , kekanan, Aiman merayu lagi
“ibu!!!!! Tolong bu aiman minta ampun, aiman tak buat lagi…sakit bu, sakit!!!!”
“aku bagi duit, suruh kau pergi kedai!!!....tapi apa kau buat, tak boleh harap punya anak, kau ingat senang nak cari duit!!!”
Tidak cukup telinganya di pulas, kini beberapa pukulan hinggap pula ke belakang badan anak kecil itu. Dari dapur telinga si anak di heret hingga ke depan pintu rumah. Rasa yang amat sakit sekali, seperti mahu putus telinganya di kerjakan Aini yang sedang meradang itu.

“sekarang aku tak peduli, aku tak nak dengar pun apa apa alasan dari kau, selagi kau tak bawa balik gula yang aku mintak tu jangan harap kau nak tidur kat rumah malam ni, tak boleh harap punya anak, suruh pergi kedai pun susah”Aini membiarkan anaknya di depan muka pintu tanpa memandang muka anaknya itu lantas segera masuk ke dalam rumah.
‘gedegang!!!’ pintu di hempas kuat oleh Aini, tanda marah yang amat sangat, hinggakan jiran di sebelah rumah pun terdengar bunyi hempasan pintu yang seperti hendak lekang itu, mengakibatkan ada mata yang mencuri pandang dan ada telinga yang mencuri dengar dari balik tirai, tetapi mata dan telinga itu tidak berani mencampuri urusan dua beranak itu. Mereka sudah sedia maklum akan perangai panas baran si ibu itu, tetapi mereka turut simpati pada nasib si anak yang menjadi mangsa panas baran si ibu yang garang tidak bertempat itu.
Kadangkala mendengar pun mereka tidak sanggup, apatah lagi melihat, pasti ada air mata yang akan tertumpah tanpa sedar.
Aiman yang sedang  berderaian air mata masih terpacak di depan pintu rumah, teresak esak dia menangis menahan sedih yang perit dan sakit yang tidak terhingga. Telinganya yang merah menyala di pekupnya dengan sebelah tangan, keadaannya sungguh sedih, dengan kesan luka dan calar balar di siku dan lutut serta pakaian yang compang camping lagi kotor akibat terjatuh ke tanah sebentar tadi amat memilukan, siapa sahaja yang memandang pasti akan berasa simpati.
Setelah berlama di hadapan pintu, Aiman mula mengorak langkah menuju keluar pagar, tanpa arah tuju dan tanpa ada seseorang pun di sisi, hanya yang ada rasa sakit yang memeritkan, sakit di seluruh badan dan sakit di dalam hati. Walaupun masih anak kecil tetapi dia tetap mempunyai perasaan, perasaannya ketika itu tiada siapa pun yang tahu. Hatinya juga sakit kerana Aini langsung tidak memberi peluang untuk dia menceritkan apa yang sebenarnya telah berlaku, sekurang kurangnya dia berharap agar ibunya memberi sedikit ruang untuk dia menjelaskan tentang apa yang terjadi, walaupun itu tetap salahnya.
Langkah di atur perlahan dengan tangan masih memekup telinga, tangisan masih lagi tidak putus kedengaran. Aiman duduk mengcangkung dan bersandar pada sebatang pokok rendang di tepi pgar belakang sekolah. Hatinya sayu memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Sambil mengesat air mata di pipinya, tangisannya semakin reda, lama kelamaan tangisan itu hilang sendiri tanpa sedar. Aiman menunduk layu, dia memikir apakah yang harus dibuatnya ketika itu, dimana dia hendak tidur malam ini, hendak pulang kerumah, itu suatu perkara yang menakutkan Aiman ketika itu. tanpa sedar tin kosong dihadapanya mematikan khayalannya. Kini tin kosong yang tidak disedari Aiman sejak awal dia disitu diamatnya dalam dalam.
“tin macam ni, kalau aku cari dan kumpul banyak banyak, lepas itu aku jual di kedai Pak Yaakub pasti aku akan dapat duit” fikirannya mula memikirkan sesuatu yang logik. Siku dan lututnya yang calar dan luka itu di tiupnya perlahan beberapa kali, lantas dia bingkas bangun. Aiman mencapai sebutir tin kosong yang di pandangnya tadi, tanpa berlengah dia terus melangkah langkah laju. Walaupun rasa sakit di tempat yang luka dan ditelinga yang masih merah di pulas, Aiman di menghiraukan rasa itu, langkahnya terus dipacu laju. Aiman ternampak beg plastik besar di bahu jalan sedang melambai lambai di tiup angin tersangkut di celah besi pengadang jalan. Di ambilnya beg plastik besar itu dan masukkannya tin kosong tadi. Dengan gigih dan tabah Aiman terus berjalan dan berjalan lagi. Tujuanya adalah untuk mencari dan mengutip tin tin kosong yang di buang di sekitar taman perumahan itu. setiap kali ternampak tin kosong Aiman akan segera berlari mendapat tin tersebut mengutipnya, memijakkanya dan kemudian di masukkan kedalam beg plastik besar tadi. Tidak cukup dengan memerhati dan mencari di sekitar kawasan lapang, Aiman turut menyusur kedalam longkang dan kadang kala di selongkar seluruh isi perut tong tong sampah yang di jumpainya. Jika nasibnya baik, adalah tin minuman diperolehinya, jika tidak dia akan terus berjalan tanpa menghiraukan orang yang sekeliling yang memandang.

HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
Disember 2010

Sunday, December 12, 2010

KERANA RM1.60 (episod 1)

Keadaan di luar begitu panas dan membahang dek matahari yang terik. Loceng sekolah berbunyi, menandakan sesi persekolahan pada hari tu sudah tamat, riuh rendah mula kedengaran memenuhi kawasan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buaya. Tidak berapa lama selepas itu kawasan luar pintu pagar utama sekolah mula di banjiri dengan para pelajar yang berbagai ragam dan rupa dari tahun 1 hingga la ke tahun 6. Ibubapa yang sudah sedia menunggu mula sibuk berpandangan kesana kemari, menoleh ke situ dan kesini mencari anak anak mereka. Ada yang hadir berkereta, ada juga yang bermotsikal dengan raga sarat disi barang harian dan ada juga yang hanaya bersahaja berjalan kaki dari rumah menjemput anak mereka. Begitu juga deretan bas sekolah yang parker di bahu jalan, menanti untuk di penuhi oleh pelajar yang menaikinya. Tidak kurang pula dengan pelajar pelajar yang menaiki basikal, kadang kadang kelihatan mereka bermain acuh tidak acuh serti ingin berlumba.
Dalam sekelip mata sebentar lagi mula lah kawasan yang di banjiri itu kian lama kian lengang, masing masing akan pulang kerumah dengan hal dan urusan sendiri. Tidak jauh dari kawasan seorang, Aiman berjalan sendirian melusuri di tepi jalan. Dengan beg sandang yang sarat dengan buku buku teks juga buku latihan, Aiman mengharungi tengahari yang terik menuju kerumahnya yang tidak jauh dari sekolah. Seragam sekolahnya sudah hampir dibasahi peluh, tetapi itu tidak sedikit pun dihiraukan anak kecil yang sudah biasa dengan keadaan begitu. Kini dia di tahun 3, bermakna sudah 3 tahun Aiman mengharungi keadaan yang sedemikian.
“assalammualaikum!!...assalammualaikum!!” Aiman memberi salam sebaik sahaja melepasi pagar rumah yang tiangnya sedikit senget. Dia berlari lari anak menuju kepintu rumah, kasut sekolahnya ditanggalkannya lalu di diletakkannya di atas rak kecil berhampiran pintu rumah. Walaupun salam yang di lontar tidak disahut, anak kecil itu membuka pintu dan meluru masuk ke dalam rumah. Kemudian di e terus menuju ke biliknya. Beg sekolah yang berat itu di kuisnya dengan sebelah tangan lalu di lemparkan keatas katil. Begitu juga baju sekolahnya yang lencun, atas katil juga la menjadi sasaran. Dengan nafas yang turun naik Aiman melepaskan penat seketika. Ditujunya dapur yang terletak di belakang rumah.
“hah Aiman, kau dah balik rupanya.. ibu tak dengar pu kau bagi salam?” Aini yang sedikit terperanjat dengan kehadiran anaknya yang secara tiba tiba itu bersuara lembut.
“ada bu, Aiman dah bagi salam tadi.. dua kali Aiman bagi salam, tapi ibu tak dengar pun” si anak cuba meyakin sibuk yang sedang sibu mengelap pinggan mangkuk yang baru di basuh.
“ye la, ye la, mungkin ibu tak dengar.. kan ibu di dapur ni” Aini membalas selamba. Kerusi kayu yang separasnya di tarik Aiman. Tudung saji merah di angkat dan diletakkan di atas kerusi yang satu lagi dan dia terus duduk di atas kerusi. Aiman menikmati hidangan yang telah tersedia dengan gelojoh, hasratnya adalah untuk segera menyambung kerja rumah yang di berikan oleh guru kelasnya ketika di sekolah tadi. Si ibu sekali sekala menjeling memerhatikan gelagat anaknya itu. Habis makan Aiman segera mencuci tangan dan menuju semula ke biliknya.


“ Aiman!!!! Mari sini kejap” jerkah si ibu
Aiman yang menuju ke dalam bilik ingin menggapai beg sekolahnya terkejut mendengar pekikkan Aini,  langkahnya terhenti di depan pintu bilik, dia segera berpusing dan berjalan semula ke meja makan dengan perasaan yang gementar.
“nih kau tengok ni!!!...kau ingat rumah ni hotel ke Aiman !!!, dah berapa kali ibu bagitahu lepas makan pinggan ni angkat basuh kat sinki, tak paham paham jugak kau ni!!!” sambil jari si ibu menuding kearah pinggang di atas meja yang berisikan saki baki sisa makanan anaknya, Aiman. Tangannya ganasnya mengcengkam telinga Aiman, dipulas pulas telinga kecil anaknya itu sekuat hati. Si anak tidak berkata sepatah apa pun, cuma suara mendengus keras terhuyong hayang menahan sakit perbuatan ibunya, hingga mata Aiman mula berair dan mukanya merah padam menahan kesakitan yang teramat sangat.
Tatkala Aini melepaskan cengkam jarinya, Aiman segera mencapai pinggan lantas berlari ke ruang dapur dan menuju je arah sinki yang sedikit tinggi dari paras dadanya. Aiman mengjengketkan kaki di tepi sinki. Dia membasuh pinggan diringi suara dan nafas yang sedu sedan, dia menangis , air matanya mengalir seperti aliran air paip yang jatuh laju, telinganya masih berbahang dan merah kepanasan. Aini yang masih tercegat berhampiran meja makan mencekak kedua belah pinggangnya memerhatikan Aiman dai situ.
Aini  masih di dapur, entah apa yang di buat langusng tidak di pedulikan Aiman, dia kusyuk menyiapkan kerja rumahnya, memang sejak pulang dari sekolah tadi Aiman begitu teruja ingin menyiapkn tugasan yang diberikan gurunya ketika di sekolah tadi. Tangisan sebentar tadi telah reda dan suasana di dalam rumah agak sunyi, cuma kedengaran bunyi kipas angin yang berputar laju dan kadang kala bunyi dari dapur yang datang bertandang mengisi suasana di dalam rumah itu, si ayah masih ditempat kerja.
“Aiman!!...mari sini kejap..tolong ibu pergi ke kedai”
Suara Aini dari dapur memecah kesunyian. Panggilan si bu dari dapur tidak disahut. Aiman leka menyiapkan kerja rumahnya hingga tidak sedar Aini memanggil namanya.
“Aiman.. ooo Aiman !!! kau dengar tak ibu panggil ni, datang sini kejap” suara Aini makin tinggi memanggil si anak. Teriakkan Aini dari dapur membuat kan Aiman terhenti menulis, dia yang meniarap di ruang tamu itu bingkas bangun dan segera berlari lari menuju ke dapur.
‘ya bu, Aiman datang ni’ Aiman kini sudah tercegat di depan Aini.
“nah ambil duit RM 1.60 ni, tolong ibu pergi ke kedai belikan gula sekilo, gula dah habis, nanti ayah kau balik nak minum” Aini menghulurkan wang RM 1.60 yang di ambil dari atas peti sejuk kepada Aiman yang berdiri di depannya. Aiman tanpa berkata apa apa terus beralu dari situ, belum sempat pandanganya hilang dari mata Aini, si ibu berpesan lagi.
“ingat…!!!, lepas beli terus balik rumah, jangan kau pergi mana pulak” si anak cuma mengganggukkan kepala sejurus sebelum keluar dari ruang dapur.
RM 1.60 di genggam erat, sambil berjalan seorang diri di kawasan perumahan itu, Aiman berjalan menuju ke sebuah kedai runcit yang tidak jauh dari rumah, tiba di kedai Aiman terus  menghampiri seorang wanita yang hampir separuh abad sedang duduk di belakang kaunter.
“makcik..bagi gula sekilo” Aiman bersuara sederhana sambil memandang kearah tuan punya kedai itu.
Tuan punya kedai terus bangun dan mendapatkan gula yang disusun di dalam sebuah kotak kecil di bahagian bawah rak yang sederet, kemudian dia kembali semula ke kaunter.
“RM 1.60” wanita tua itu berkata ringkas lalu Aiman menghulurkan wang RM 1.60 dalam genggaman kanannya kepada wanita itu. Sesudah mendapatkan apa yang di pesan oleh si ibu, Aiman terus berjalan pulang. Seketika dia teringat pesanan ibunya sebentar tadi supaya terus pulang kerumah sesudah selesai membeli gula yang dipesan.
 
HARIS INDERA
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © Reserved
November 2010

Sunday, September 26, 2010

ohhh...iTU DULU.....



ohhhh itu dulu
lupakan saja
hari ini akan tetap hari ini....hari ini meninggalkan semalam...menjemput hari esok
semalam tetap semalam....apa yang ada itu la seadanya....
tinggalkan dia disitu
biar ia menjadi relung kenanganmu
tak bisa angkau menggapainya lagi
mendakapnya hanya mimpi
atau terus lepaskan ia dalam kubur sanubari
kerna yang pasti hari esok akan menjemputmu kembali
menyambung jalan cerita yang terhenti disini
tetapi ianya belum pasti

jalan jalan kenangan
pintu pintu semalam
ruang ruang sejarah dulu
toleh ke masa silam kau dan aku
tapi sayang  kita tidak pernah bertemu
tetapi jika ku tahu akan kecewa itu
alangkah baik jika pertemuan itu
tidak pernah hadir
biarkan saja ia berlalu pergi
tanpa menyapa di persinggahan
kerna mungkin yang dicarinya bukan aku
tetapi dia
dia yang menunggumu di persimpangan itu
bukan aku yang menyekatmu di pertengahan jalan pencarianmu
biarkan aku terus berlalu
hingga nanti aku jumpa penghujung ku
dan kau juga teruslah kesimpang itu
hinga nanti kau dan dia juga
akan ketemu penghujungnya


Haris Indera
Sungai Buloh, Selangor
Copyright © reserved

Tuesday, June 8, 2010

Peneman Malam...




salam wahai peneman malam
aku membisikkan hembus salam
dari jiwa ku ke jiwa murni mu
tapi mengapa engkau diam seperti titis embun
yang berhenti menitik
berderai lah engkau ke tanah subur
hening ini
agar aku dapat
merasa sinar segarmu
memercik ke relung hati yang nestapa ini
alangkah tandusnya penantian ini
menanti kata bisikan ku
hinggap ke pancaindera dengarmu
berkata lah sesuatu wahai peneman malam ku
aku rindukan suara merdumu itu
aku tagihkan sekuntum senyummu
wahai peneman malam...
alangkah sepi bicara kamar ini
aku akan terus menunggu..menunggu dan menunggu
hingga suatu hari nanti
tiada rasa yang tersisa di hati
aku tetap disini
selamat malam wahai peneman malam ku....
biar masa dan ketika menemukan kita kembali
Assalammualaikum.....

-HARIS INDERA-
kajang, selangor





Tuesday, May 18, 2010

Wahai PermataKU




Wahai permata bonda
Hadir mu dengan penuh istimewa
Tertib tatkala melihat dunia
Engkau tidak pernah berdosa
Kepada sesiapa dan kepada mereka
Engkau kesayangan bonda
 

Wahai permata ayahanda
Langkah mu kadang kala tergelincir
Dipersada jalan bahagia
Jangan engkau menangis permataku
Kerna ayahanda ada memimpin jalan dukamu
Ke lorong lorong bahagia



Wahai permata bangsa
Engkau menghiasi wajah dunia
Engkau memberi salam sejuta makna
Jangan engkau risau dengan tertawa mereka
Kerna tawamu lebih manis mengubat jiwa
Aku ada disini menghulurkan tangan tertawa bersama


Wahai permataku
Engkau sesuci salju dari antartika
Engkau putih bersih kerna engkau tiada dosa
Engkau lebih mulia di sisi yang Esa
Engkau melukis wajah wajah bahagia
Ditaman bonda, ayahanda, dan juga bangsa
Kerna engkau adalah permataku
Berkilau bersinar memancarkan cahaya

-HARIS INDERA-
Kajang, selangor
















     *klik on the photo
       to view LARGER

Saturday, May 8, 2010

PUISI BERBISIK

bila puisi berbisik
segenap jiwa terasa gema
gema mendesir hingga tersentak
menyapa relung relung jiwa
mengetuk pintu pintu hati
memberi salam roh roh yang kadang kala alpa
terleka dengan arus mainan budaya dunia
aku, engkau dan juga sesiapa
ada taman hati
yang kontang gersang berhabuk berduri
puisi datang membasahi dada pelangi
menggembur naluri sepi
menjenguk seketika kala sendiri
puisi itu berkata sendiri
biar saja aku yang mengerti
puisi yang datang dari hati
yang hadir dari jiwa
tika engkau disana dan aku disini
moga nanti ketemui apa yang dicari
biar kan aku
biar kan aku
biar kan aku sendiri
kelak nanti aku akan tetap jua pergi
hilang dari sisi
melenyap kan mimpi
menjaring realiti
kerna puisi adalah kata taman hati...
oh kekasih engkau tidak akan mengerti
kerna puisi itu
lakaran rasa jiwa
epilog lantunan hati.........

-HARIS INDERA-
kajang, selangor

Friday, April 30, 2010

I'll Wait For The Summer



If the autumn doesnt show
And the spring hide in a cloudy
I'll wait for the summer
May summer burned all the scattered leaves

Make my throat thirsty
Like thorn of a roses
I stroll in haze that blinded my path
To find the thru beyond the quantum of time
The echoing pain dumbed my ears
To hear the sound of  you screaming
From the other side of shadows
Pick up my cracking bone's that i left behind
Then give it back to me
So that i can stand and walking up again
To find my light of living
That has been stolen away
Before....

-HARIS INDERA-
kajang, selangor

Wednesday, April 21, 2010

BiCaRa RiNdU Ku ITu BiCaRa SeNdU


Bicara rinduku itu bicara sendu
                   Cerita rinduku itu cerita kalbu
Gemersik suara itu nyanyian sang camar
                   Dari muara cinta ke lautan gelora jiwa
Dari pulau ke pulau mengusung rindu...

Aku pun rindu
                   Ingin ku usap keringkan pipimu itu
Dibangku kayu itu kita pernah bertemu
                   Dibawah pepohon rhu berpayung redup
Hari hangat itu terasa syahdu
                   Tika itu rinai masih belum berhentti
Ombak berpulas dan angin menderu
                    Kita bercerita bertemankan bayu
Hingga terleka masa telah berlalu
                    Ceria itu cerita rinduku
Kini tinggal sisa bersama waktu
                    Mungkin suatu hari aku kembali
Di bangku kayu itu
                    Jika ia masih disitu

Sunday, April 18, 2010

Ku tulis warkah ini, Aku terdiam disini


Kutulis warkah ini
Pada malam yg sangat diam
Ketika unggas telah di peraduan
Dan angin dingin berhembus malas
Di bawah pudar cahaya rembulan
Dan kerdip bintang-bintang
Kuluahkan sejuta rasa
Dan kulakarkan kelopak-kelopak bunga cinta
Lalu kuselitkan pada hujung pena.
Agar ketika warkahku kau buka
Aromanya memenuhi kamarmu..
Kutuliskan warkah
Bertintakan merah darah
Mengalir di hujungnya.
Kutuliskan warkah ini
Untukmu

-(INDAH HAIRANI)-



Aku terdiam disini
menyimpul kata merungkai makna
Tika jiwa, Hati dan Fikir
Tenggelam bersama resah malam kabut gelap
Aku berlegar di segenap acap minda fikirku
Namun aku tidak kemana
Masih disini....masih mencuba mencari
mencari erti sebuah ilusi
atau mungkin sebuah mimpi yang hakiki
Indah sedang perhalusi..
Kerna hati umpama duri...
Ku utuskan selafaz kata
Dari hati sanbubari yang tidak terhenti henti
Menjerit dari batin seorang diri
Andai jatuh ku bangkit sendiri
Kala semuanya menyepi menyendiri
Ibarat serangkai pantai yang tiada bertepi
Pergi saja aku dari disini
Ingin ku cari hujung pelangi
Agar disitu ku jumpa erti
Erti yang hakiki tidak terperi

Atau mungkin ku temui sang bidadari dari surga
Yang sesat dalam mencari
Atau mungkin juga mati menjemput pergi
Sehingga kini ku tidak pasti
Adakah ini realiti
Realiti yang tidak pernah aku mimpi

-HARIS INDERA-
kajang, selangor




duhai kelicap fajar
ceridaulah bagai selalu
aminkan zikirku
Biar kusisip doa buatmu adek
kala angin mengiring penitian Suboh ini
tipis kudus namun
dinginnya menggegar ke relung hati
doakah atau sekadar bisikan rawan
Kerana sebak menujah hitam mataku ke astral
Aargh..kulihat sejalur cahaya yang tumpah
di jendela langit
Pandang dan rauplah air mata itu
moga bisa membuatmu tersenyum adekku..

-(HAIZA NAJWA)-

Sunday, April 11, 2010

Hati Aku Mati...Hidupkan lah Aku..

Tiba-tiba hati ku terasa mati...
Ibarat jasad tiada bernyawa...
Ibarat hati tiada berjiwa...
Seperti kotak fikiran terasa terhenti...
Ku biarkan masa berlalu begitu sahaja...
Aku tak mampu berbuat apa apa...
Terasa berat tubuh ini untuk bangkit
Terasa berat kaki ini untuk melangkah
Seperti masa terhenti berdetik
Hidup yang sebegini tiada bererti
Roh seperti tiada berjasad
Dan jasad tiada ber roh

Hingga aku pun tidak tahu
Apakah ini dan apakah itu
Kenapa mesti terjadi sebegini
Bunuhlah jiwa hati ku jika itu yang terbaik
Jika tidak berilah aku nyawa untuk bernafas
Agar dapat lagi aku hidup di dunia ini
Atau lebih baik mati
Tinggalkan segalanya
Kerna segalanya palsu...dunia belaka

Dunia seperti kosong
Kosong itu dalam hatiku
Hati aku mati..

-haris indera-
kajang, selangor.

Tuesday, April 6, 2010

Aku TerFikir

Aku melihat nyawa nyawa
Bertempiaran berserakkan berduyun-duyun
Berpusu-pusu
Ada juga yang menyendiri
Menyepi terasing
Ada disana ada disini dan ada di mana-mana
Malah ada yang tidak tahu di mana

Di celah-celah pohon
Di bawah lembayung langit
Melata di dada tanah subur gersang
Ada yang menyusuri permuka-permuka air laut
Sungai-sungai dan paya-paya
Ada juga yang membelah awan
Berlegar di langit yang mungkin ada yang
Tidak pernah seperti itu

Ada nyawa yang menangis
Di sana aku melihat ada nyawa yang
Terkekeh kekeh gembira suka
Ada juga nyawa yang tidak tahu
Aku juga pernah wujud seperti dia
Dan aku juga tidak pernah tahu tentang
Nyawa itu yang disana dan di situ


Ada nyawa bersatu kerna rasa
Kerna jiwa kerna hati
Ada nyawa terasing kerna tiada rasa
Kerna tiada jiwa kerna tiada hati

Aku juga melihat nyawa yang telah
Tiada nyawa
Ya nyawa berpisah dari jasad
Jadi apa yang dicari
Adakah yang ditinggalkan itu yang dicari

Nyawa yang itu pergi
Hadir nyawa yang lain
Kitaran nyawa yang di tiup
Membawa kepada kehidupan
Kehidupan nyawa yang berbeda beda

Jangan engkau lupa wahai nyawa
Kehidupan nyawamu berbeda
Kehiudpan itu kehidupanmu
Tetapi nyawa itu bukan milikmu
nyawa itu milik Dia yang SATU
Jadi apa yang dicari........
Kerna akhirnya apa yang ada bukan milikmu....

-haris indera-
kajang, selangor

Wednesday, March 31, 2010

Bingkai RinDu....

Andai masa ku utuskan salam
Dibalik kata
Salam rindu salam kenangan
Di balik sejarah dulu

Kita bina Istana Mahligai
Dari batu putih
Sesuci jiwa
Dari tiang seri tegak berdiri
Seperti tegaknya hati kita
Mematri janji
Cinta bersemi
Sayang memiliki

Janji itu aku bingkaikan
Manjadi hiasan
Didinding sepi ruangan itu
                                                            Agar bila aku rindu
                                                            Dapat ku baca janji dahulu

                                                            Tapi kini
                                                            Mahligai usang itu
                                                            Telah roboh
                                                            Tertanam bersamanya
                                                            Bingkai rindu yang kita
                                                            Patri daahulu.....
                                                      
                                                          -Haris Indera-
                                                          kajang, selangor

Wednesday, March 24, 2010

BULAN nan SATU, BINTANG nan BERIBU





Malam gelap…seperti gelap tika mata dipejam
Malam sunyi…seperti sunyi tanpa cengkerik menyanyi
Malam sepi…seperti sepi kala subuh menanti

Aku merenung wajah bulan
jarak beribu
Aku merenung kerdipan bintang bintang
Dari situ
Aku melihat sekitar alam
Tempat pijak ku
Unggas dan binatang diam membisu
Mungkin sedang bertasbih
Pohon pohon  kaku
Mungkin sedang bertahajjud
Ku dongak ke langit luas
Dihujung sana bintang kejora
Dihujung sini bintang timur
Dan disini hanya bebintang

Bebintang sedang merenung bulan
Bulan tak tahu
Kerna bulan nan satu
Bebintang nan beribu

Bintang dapat lihat bulan
Bulan tidak kenal semua bintang
Suatu hari bulan akan pergi dari situ
Bersama putaran masa
Tetapi bintang tetap disini
Merenung di kejauhan bulan nan satu
-haris indera-
kajang, selangor